NANNING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja sehari yang padat di sini hari ini, di mana beliau menyifatkan lawatan itu telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada, antara Malaysia dan China.
Perdana Menteri berkata lawatan itu, merupakan langkah-langkah konkrit ke arah mengembangkan dan mengukuhkan kerjasama Malaysia-China yang sangat bersejarah.
Menerusi program dalam tempoh 14 jam, Anwar yang juga Menteri Kewangan menghadiri majlis perasmian pembukaan China-ASEAN Expo (CAEXPO) Ke-20, dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) bersama-sama dengan Premier China Li Qiang dan pemimpin tertinggi negara anggota ASEAN.
Beliau juga menyampaikan ucaptama semasa majlis pembukaan CAEXPO Ke-20, serta merasmikan pembukaan astaka pameran 'Malaysian Pavillion' dan memperkenalkan buah nangka dari Malaysia, kepada para peserta CAEXPO dan bagi pasaran China.
Anwar telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Premier Li, dan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Li, bagi meraikan kehadiran beliau ke CAEXPO kali ini.
"Sebelum ini, adalah dicadangkan Setiausaha Parti Wilayah Guangxi TYT Liu Ning yang akan mengehoskan saya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena lawatan kerja beliau di sini untuk menghadiri CAEXPO ke-20.
Selain itu, Anwar juga mengadakan pertemuan dengan pelabur China di Malaysia, iaitu China Communications Construction Company (CCCC) dan Huawei, serta menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM19.84 bilion, antara syarikat Malaysia dan China.
Sewaktu lawatan kerja sehari beliau ke Nanning, Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.
Pesawat khas yang membawa Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanning Wuxu pada 3.54 pagi waktu tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023

Perdana Menteri berkata lawatan itu, merupakan langkah-langkah konkrit ke arah mengembangkan dan mengukuhkan kerjasama Malaysia-China yang sangat bersejarah. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

Permintaan beras putih tempatan di Kelantan meningkat hampir 50 peratus
Permintaan terhadap bekalan beras putih tempatan meningkat hampir 50 peratus di Kelantan susulan kenaikan harga beras import.

Laporan pasangan warga asing minta sedekah dirujuk kepada UNCHR, JKM
Polis akan meneliti jika ada pelanggaran undang-undang berkaitan insiden seorang wanita warga asing bertindak biadab selepas dibongkar meminta sedekah.

LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.

Tidak puas hati keputusan juri, pertandingan dikir barat kecoh
Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam Sabtu kecoh apabila wujud ketidakpuasan hati terhadap senarai pemenang.
SPRM mungkin panggil Radzi Jidin - Azam Baki
SPRM masih menjalankan siasatan sepenuhnya berhubung siasatan dakwaan rasuah itu berhubung projek membabitkan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta.

Pencapaian di Sukan Asia jadi indikator persediaan hadapi Olimpik 2024
Pencapaian pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadi indikator penting dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Tentera Israel bunuh 2 rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat
Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Kem Pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.
Radi Jidin nafi video kaitkan tuduhan projek runding terus dan isteri kerabat diraja
Ahli Parlimen Putraja, Datuk Mohd Radzi Jidin menafikan isteri beliau merupakan seorang kerabat diraja dan menegaskan tidak terlibat dalam projek rundingan terus bernilai RM 80 juta seperri yang tular di media sosial.

PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon BN bagi PRK Pelangai.

Desas-desus rombakan Kabinet: Kor Ming yakin PM ada pelan terbaik
Kor Ming berkata kuasa melantik anggota Jemaah Menteri adalah tertakluk kepada budi bicara perdana menteri.

Malaysia punyai potensi besar untuk bangkit sebagai ekonomi dinamik - PM
Malaysia mempunyai potensi yang amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi yang dinamik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar tiba di New York ketuai delegasi Malaysia pada sesi Perhimpunan Agung PBB ke-78
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di New York bagi menyertai pemimpin-pemimpin dunia menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

JKM akan segera selesaikan bantuan warga emas kepada Zaiton Sameon - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada penyanyi veteran Zaiton Sameon yang mengalami gejala hilang ingatan sementara selepas terlibat dalam kemalangan sekitar 1990.

PM jamin harga beras tempatan tidak naik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga beras tempatan.

Tindakan undang-undang untuk pertahankan kedaulatan institusi diraja - PM
Sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghina institusi diraja dibuat bagi mempertahankan kedaulatan institusi itu.

Malaysia, Universiti Tshinghua setuju perkukuh kerjasama - PM
Universiti Tshinghua dari Beijing, China bersetuju memperkukuh kerjasama dengan Malaysia membabitkan pertukaran pelajar, ahli akademik dan pengkaji.

Kerajaan lulus Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan ECRL - PM
Perdana Menteri berkata dokumen itu akan memacu pembangunan di sekitar 20 stesen dan sepanjang laluan ECRL yang telah dikenal pasti.

China akan sokong kerajaan Malaysia jayakan NIMP 2030, kata PM Anwar
China akan memberi sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam menjayakan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penglibatan Malaysia dalam BRI tidak jejaskan perhatian kepada negara rantau lain - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Malaysia akan terus tingkatkan perhatian terhadap negara-negara tersebut.