awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar arah KSU, ketua jabatan kemuka laporan bulanan kemajuan projek kerajaan

Bernama
Bernama
08/01/2024
01:30 MYT
PM Anwar arah KSU, ketua jabatan kemuka laporan bulanan kemajuan projek kerajaan
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Puspanitapuri hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan untuk mengemukakan laporan bulanan mengenai kemajuan dan sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan projek kerajaan.
Pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata laporan berkenaan perlu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali sebelum dimaklumkan kepada beliau.
“Selalu bila ketua jabatan, KSU dalam perbincangan dengan saya, semua akan cadang minta peruntukan, tambah projek. Ya memang dibolehkan, tapi ada kaedah baharu yang kita nak perkenalkan.
“Mesti ada laporan bulanan apa yang dilakukan, apakah sumbangan saudara-saudara (penjawat awam) dalam usaha melaksanakan projek dan ini laporan bulanan yang harus dihantar menerusi KP (ketua pengarah), KSU kepada KSN dan juga untuk makluman saya supaya ada pendekatan berbeza,” katanya.
Anwar pada majlis perjumpaan itu turut meminta agar setiap kementerian menggunakan pendekatan yang berbeza dan lebih berani dalam melaksanakan projek.
“Saya yakin, insya-Allah kerajaan kita stabil. Oleh sebab stabil ini, kita nak guna sepenuhnya untuk melaksanakan program bagi mengangkat martabat negara kita,” katanya.
Beliau berkata kerajaan akan meneruskan dasar lama yang memberi manfaat kepada semua, bagaimanapun pendekatan yang digunakan perlu berubah.
“Sebab itu umpamanya, kita tidak meneruskan cara rundingan terus untuk elak kecelaruan dan salah guna,” kata Anwar.
Majlis perjumpaan berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Mohd Zuki.
Mengenai Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan 2 Jan lepas, Anwar berkata kerajaan akan melaksanakan beberapa penambahbaikan bersesuaian berdasarkan pandangan masyarakat.
PADU yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, merupakan pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data daripada jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadil-adilnya mengenai kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#laporan bulanan
#penjawat awam
#PADU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan