awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar bentang Belanjawan 2024 Malaysia Madani petang ini

Bernama
Bernama
13/10/2023
04:34 MYT
PM Anwar bentang Belanjawan 2024 Malaysia Madani petang ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, pada pukul 4 petang ini. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, petang ini.
Ia merupakan belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.
Pembentangan Belanjawan 2024 akan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan dan media sosial pada 4 petang ini.
Menerusi catatan dalam Facebook, Anwar berkata: "Moga inti pati pembentangan ini dapat membimbing ekonomi kita ke tahap lebih baik dalam berdepan tantangan global masa kini selain menyokong agenda pembangunan dan kebajikan negara, insya-Allah".
Pembentangan belanjawan dijangka menyaksikan kerajaan mengumumkan langkah-langkah pembaharuan fiskal, mengukuhkan pengurusan dan mempelbagaikan sumber hasil di samping mengurangkan ketirisan serta mengoptimumkan perbelanjaan.
Selain itu, belanjawan yang mengandungi perancangan dan komitmen kerajaan bagi hala tuju negara pada tahun depan, sudah tentunya mengambil kira cabaran ekonomi semasa serta kesejahteraan rakyat keseluruhan.
Belanjawan 2024 itu juga bakal menyaksikan penyepaduan dasar-dasar menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI.
Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 yang dibentangkan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari bermula Isnin depan (16 Okt) sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Okt.
Berdasarkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen kemudian akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat Jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 Nov. - BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Malaysia Madani
#PM Anwar Ibrahim
#Rang Undang-Undang Perbekalan 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan