awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar bincang usaha perkukuh ekosistem bola sepak dengan Presiden FIFA

Bernama
Bernama
25/10/2025
10:51 MYT
PM Anwar bincang usaha perkukuh ekosistem bola sepak dengan Presiden FIFA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden FIFA Gianni Infantino untuk membincangkan usaha memperkukuh ekosistem bola sepak Malaysia dan ASEAN. -Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Dalam kesibukan jadual menerima kunjungan pemimpin antarabangsa di Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa bertemu Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden FIFA Gianni Infantino untuk membincangkan usaha memperkukuh ekosistem bola sepak Malaysia dan ASEAN.
  • Antara yang dibincangkan termasuk projek Arena FIFA dan Perjanjian Pembangunan Bola Sepak ASEAN-FIFA bagi melahirkan bakat tempatan serta meningkatkan prasarana bola sepak.
  • Malaysia komited terhadap pembangunan bola sepak melalui latihan berstruktur dan kerjasama strategik bersama FIFA untuk menjadi hab bola sepak serantau.

Menurut Anwar menerusi hantaran di Facebook, pertemuan itu antara lain menumpukan kepada usaha memperkukuh ekosistem bola sepak di Malaysia dan rantau ASEAN.
"Antara yang dibincangkan termasuk pelaksanaan projek Arena FIFA yang dijangka menjadi pemangkin kepada kelahiran lebih ramai bakat tempatan serta peningkatan prasarana bola sepak negara.
"Kami turut menyentuh mengenai Perjanjian Pembangunan Bola Sepak ASEAN-FIFA yang merupakan langkah strategik ke arah menjadikan rantau ini sebagai kuasa bola sepak yang disegani di peringkat global," katanya menerusi hantaran itu.
Anwar berkata Malaysia akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan bola sepak negara melalui peningkatan kemudahan, latihan berstruktur serta kerjasama strategik bersama FIFA.
Langkah itu, katanya penting bagi melahirkan generasi baharu pemain berbakat, memperkukuh ekosistem sukan profesional dan mengangkat nama negara sebagai hab pembangunan bola sepak serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#FIFA
#bola sepak
#Gianni Infantino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan