Skip to main content

Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Tawau kekal 362 orang

Semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau. - Foto Facebook/APM
Semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau. - Foto Facebook/APM
Advertisement

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Tawau kekal 362 orang daripada 102 keluarga pada 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.

Semua mangsa merupakan penduduk dari empat kampung terjejas iaitu Kampung Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Tanjung Batu Otentik dan Kampung Kinabutan Tiku Batu 6.

Advertisement

“Tiada laporan kemalangan jiwa atau kejadian tidak diingini diterima setakat ini,” menurut kenyataan itu.

Sekretariat itu memaklumkan bahawa pemantauan oleh agensi penyelamat terus dilaksanakan di lapangan, bagi memantau keadaan semasa, dengan beberapa kawasan kampung terjejas menunjukkan trend penurunan paras air.

Advertisement

Hujan berterusan sejak Jumaat lepas mengakibatkan Tawau dan kawasan sekitarnya dilanda banjir sebelum bencana diisytihar pada 8.30 pagi, Sabtu lepas.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement