awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar dijamu nasi kandar bersama rakyat, lawat Hospital Bukit Mertajam

Bernama
Bernama
30/08/2024
07:30 MYT
PM Anwar dijamu nasi kandar bersama rakyat, lawat Hospital Bukit Mertajam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Ramah Mesra bersama Masyarakat di Warung Nasi Kandar Masjid Kubang Semang di sini hari ini. - Foto Bernama
BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menikmati sajian makan tengah hari bersama rakyat di Kedai Tok, Simpang Tiga Kubang Semang, di sini.
Perdana Menteri yang tiba pada 12.40 tengah hari menikmati hidangan nasi kandar yang menjadi menu utama di gerai itu.
Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad.
Anwar yang memakai baju Melayu biru muda meluangkan masa kira-kira 30 minit serta turut beramah mesra dengan pengunjung yang menikmati juadah secara percuma.
Pekerja Kedai Tok Mohd Nazri Abd Rahman berkata gulai ikan dan ayam goreng menjadi menu istimewa yang disajikan kepada rombongan Perdana Menteri.
Selesai makan tengah hari, Anwar kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Kubang Semang bersama kariah masjid serta orang ramai.
Terdahulu, Anwar mengadakan lawatan ke Hospital Bukit Mertajam termasuk ke wad kanak-kanak dan bilik pemeriksaan mesin pengimbas tomografi berkomputer (CT Scan) yang diterima hospital itu baru-baru ini.
Beliau turut mengimbau nostalgia dengan melawat bangunan yang dahulunya merupakan kuarters kakitangan yang didiami beliau dan keluarga pada 1955 hingga 1959, sebelum berpindah ke Cherok Tok Kun.
Allahyarham ayah beliau Ibrahim Abdul Rahman pada ketika itu bertugas sebagai penolong pegawai perubatan di Hospital Bukit Mertajam.
Anwar mempunyai jadual padat di Pulau Pinang hari ini sebelum pulang ke Putrajaya bagi menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 4.30 petang ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#makan nasi kandar
#Solat Jumaat
#Bukit Mertajam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan