awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia

Bernama
Bernama
08/01/2025
15:00 MYT
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata inisiatif ini akan mengukuhkan lagi kekuatan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
"Perkara ini saya lontarkan semasa menerima kunjungan hormat Pengerusi Sinar Mas Franky Oesman Widjaja dan rombongan petang tadi.
"Saya turut maklumkan bahawa dalam konteks Kepengerusian ASEAN 2025, kejayaan pembangunan infrastruktur merentasi pelbagai negara menuntut keyakinan dan kerjasama utuh antara syarikat-syarikat ASEAN," kata beliau menerusi hantaran di laman X hari ini.
Anwar berkata Sinar Mas merupakan satu daripada kumpulan perniagaan terkemuka di Indonesia yang beroperasi dalam tujuh sektor utama, iaitu pulpa dan kertas, pertanian dan makanan, perkhidmatan kewangan, hartanah, telekomunikasi, tenaga dan infrastruktur, serta perkhidmatan kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#pelaburan
#Malaysia
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan