awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar gesa pemimpin dunia hentikan keganasan di Gaza

Bernama
Bernama
22/07/2025
14:45 MYT
PM Anwar gesa pemimpin dunia hentikan keganasan di Gaza
Anwar menyeru kepada pemimpin dunia supaya bertindak segera dalam menangani krisis di Gaza dan mereka yang mempunyai pengaruh terhadap Israel agar berani bertindak dengan tegas. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin dunia supaya mengambil tindakan segera dan bersatu bagi menghentikan bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza, Palestin.
Dalam kenyataan hari ini, beliau menyeru kepada pemimpin dunia supaya bertindak segera dalam menangani krisis di Gaza dan mereka yang mempunyai pengaruh terhadap Israel agar berani bertindak dengan tegas.
Anwar turut menggesa semua kerajaan yang mendukung undang-undang serta hak asasi manusia supaya bersuara dengan nada yang teguh.
"Tragedi yang sedang berlaku di Gaza ialah ujian tentang nilai kemanusiaan bersama. Seluruh keluarga dibunuh. Kanak-kanak, malah bayi juga, turut terkorban. Yang lain pula menderita akibat kebuluran. Pengabaian terhadap nyawa dan maruah manusia harus dihentikan, kerana ia melanggar kod moral paling asas.
"Saya secara khusus, merayu kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump supaya menggunakan pengaruh beliau untuk mendesak supaya pembunuhan ditamatkan segera, hentikan pengeboman secara melulu dan pastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka yang memerlukan tanpa sebarang halangan," kata Perdana Menteri.
Sehubungan dengan itu, Anwar berkata Malaysia sedia bekerjasama dengan semua negara - dari Utara dan Selatan, Timur dan Barat - untuk membawakan bantuan kepada Gaza dan mengembalikan prinsip asas kemanusiaan.
"Inilah masanya untuk kepimpinan moral. Inilah saatnya untuk menjunjung nilai-nilai yang dikatakan kita pertahankan. Janganlah kita dikenang sebagai pihak yang berdiam diri. Biarlah kita dibimbing oleh hati nurani, membalas penderitaan dengan belas kasihan, dan menggalakkan keamanan demi kemanusiaan," kata beliau.
Terdahulu, Anwar ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat berkata pendirian Malaysia tentang isu Gaza di Palestin dan negara Asia Barat termasuk Iran tidak akan berubah walaupun berkemungkinan berdepan ugutan dan bantahan daripada AS dalam rundingan tarif yang masih berjalan hingga Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#Donald Trump
#Gaza
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan