awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar harap pentadbiran Trump bawa impak positif kepada geopolitik dunia

Bernama
Bernama
07/11/2024
12:46 MYT
PM Anwar harap pentadbiran Trump bawa impak positif kepada geopolitik dunia
Anwar juga mengharapkan Trump dapat mencari kaedah mendamaikan konflik di Ukraine, sekali gus membantu dalam menyelesaikan kemelut ekonomi dunia. - Gambar fail
BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.
"Kita akan sambut baik kalau sikap Amerika positif ke arah kedamaian bagi menghentikan serangan ganas Israel ke atas Gaza dan mengiktiraf hak mutlak dan sahih rakyat Palestin," kata Perdana Menteri dalam sidang media sempena lawatan kerja beliau ke Beijing.
Anwar juga mengharapkan Trump dapat mencari kaedah mendamaikan konflik di Ukraine, sekali gus membantu dalam menyelesaikan kemelut ekonomi dunia.
Trump, 78, memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang diadakan pada 5 Nov, setelah berjaya melepasi angka 270 undi Badan Pewakilan Pemilih, menewaskan calon Demokrat Kamala Harris.
Kemenangan ini juga menandakan kali kedua Trump kembali menjadi Presiden Amerika Syarikat. Beliau memegang jawatan itu buat pertama kalinya pada penggal 2017 hingga 2021.
--BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Donald Trump
#konflik Israel-Palestin
#ekonomi dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan