awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID

Bernama
Bernama
01/12/2023
02:40 MYT
PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendaftarkan diri dengan Identiti Digital Nasional atau Digital ID di Bangunan Perdana Putra. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendaftarkan diri dengan Identiti Digital Nasional atau Digital ID, menjadikan beliau individu pertama di negara ini yang memiliki kemudahan Digital ID tersebut.
Digital ID merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.
Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID merupakan platform yang dipercayai dan selamat, serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.
Dengan Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mendaftar dengan Digital ID, ia bakal memberi keyakinan kepada rakyat mengenai keselamatan serta ketelusan sistem berkenaan.
Pada 21 Nov lepas, Anwar mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM80 juta kepada agensi penyelidikan dan pembangunan (RD) Mimos Bhd, untuk menyegerakan pelaksanaan Digital ID dan memperkasakan transformasi digital, serta membangunkan inisiatif digital khususnya melibatkan urusan dengan kerajaan.
Anwar juga dilaporkan berkata pendaftaran Digital ID juga merupakan langkah awal dalam pemberian subsidi bersasar, serta pelbagai kemudahan lain oleh jabatan kerajaan dan pihak swasta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Digital ID
#pengesahan identiti
#urusan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan