awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar mahu Malaysia jadi negara terunggul

Bernama
Bernama
13/09/2023
09:51 MYT
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara terunggul
Anwar beramah mesra bersama tetamu yang menghadiri Sidang Kemuncak Asia Milken Institute 2023 di Singapura hari ini. -Bernama
SINGAPURA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi visi agar Malaysia memperoleh semula status yang dicapainya pada 1990-an dan menjadi sebuah negara unggul di rantau ini - dari segi ekonomi, politik, tadbir urus yang baik, dan sebagai contoh masyarakat majmuk berbilang kaum.
Berucap di Milken Institute Asia Summit 2023 di Singapura pada Rabu, Perdana Menteri berkata berdasarkan senario semasa dan pasukan yang ada, beliau optimis bahawa matlamat itu boleh dicapai.
"Kita harus mempercepatkan proses dan mempercepatkan reformasi yang kita janjikan kepada negara," katanya semasa sesi khas yang bertajuk 'A Conversation with Prime Minister of Malaysia' yang disiarkan secara langsung dalam talian.
Anwar membayangkan Malaysia akan berkembang sebagai contoh masyarakat pelbagai kaum yang menghayati kemanusiaan dan belas kasihan.
Bagaimanapun, beliau berkata ia bergantung kepada keupayaan kerajaan untuk mentadbir dengan adil dan saksama.
"Apa sahaja masalah yang perlu kita hadapi buat masa ini, dengan gelombang perkauman dan ketaksuban agama, saya percaya ia hanya menunggu masa. Dengan keyakinan, ketekunan, dan matlamat yang jelas, kita akan dapat membawa Malaysia ke hadapan," katanya.
Apabila ditanya mengenai ketidakstabilan politik yang membimbangkan pelabur luar, Anwar menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai majoriti kuat di Parlimen, sekali gus menafikan tanggapan mengenai ketidakstabilan politik di negara ini.
Beliau percaya bahawa dengan dasar-dasar ekonomi yang tepat dan jelas, Malaysia boleh mencapai prestasi lebih baik berbanding 1990-an, berkat komitmen kerajaan terhadap tadbir urus yang baik, elemen yang sering kali tiada di kebanyakan negara-negara membangun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#negara terunggul
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Milken Institute Asia Summit 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan