awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegang kayu di plaza tol, polis buru dua individu
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar mahu MPN bina masa depan pendidikan berdaya saing, berjati diri

Bernama
Bernama
03/10/2025
09:15 MYT
PM Anwar mahu MPN bina masa depan pendidikan berdaya saing, berjati diri
Anwar (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat MPN yang membincangkan hala tuju pendidikan negara. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Majlis Pendidikan Negara (MPN) perlu memperhalusi isu-isu mendesak termasuk pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kecerdasan buatan (AI) serta penguasaan Bahasa Melayu, demi membina masa depan pendidikan yang berdaya saing dan berakar pada jati diri.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim gesa Majlis Pendidikan Negara (MPN) perhalusi isu STEM, AI dan penguasaan Bahasa Melayu demi masa depan pendidikan berdaya saing
  • MPN turut diminta beri perhatian kepada Bahasa Inggeris, Sejarah, sekolah agama dan pondok serta sinergi universiti dengan Akademi Sains Malaysia
  • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20262035 dirangka untuk sistem pendidikan lebih inklusif dan mampan, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata MPN turut diminta memberi perhatian kepada penguasaan Bahasa Inggeris dan Sejarah, kedudukan sekolah agama dan pondok, selain memperkukuh sinergi universiti dengan Akademi Sains Malaysia (ASM).
Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat MPN yang membincangkan hala tuju pendidikan negara, meliputi Terma Rujukan MPN, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026-2035, Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2026-2035 serta semakan semula Mata Pelajaran Umum (MPU).
Anwar turut menegaskan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bahawa reformasi pendidikan tidak boleh dilaksanakan bersendirian, sebaliknya mesti merangkul kekuatan dan menghubungkan inovasi, sosial, AI, agama dan nilai kemasyarakatan, agar pendidikan benar-benar memerdekakan jiwa, membina identiti dan membentuk pemikiran bangsa.
"Cabaran kita ialah menggapai langit dalam pendigitalan dan AI, sambil mengakar ke bumi dengan nilai, budaya dan agama yang membentuk kerangka pemikiran bangsa. Inilah keseimbangan yang mesti kita pelihara," katanya.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menerusi hantaran di Facebook berkata Kementerian Pendidikan membentangkan PPPM 2026-2035 pada mesyuarat berkenaan, yang bakal menggantikan pelan sedia ada.
Beliau berkata pelan baharu itu dirangka bagi memastikan sistem pendidikan negara lebih inklusif dan mampan dalam menghadapi cabaran semasa serta masa depan.
"MPN adalah usaha strategik Kerajaan MADANI untuk menyelaras hala tuju, dasar dan pelaksanaan pengoperasian pendidikan negara bermula dari prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi," katanya.
Fadhlina berkata Perdana Menteri memberi penekanan khusus kepada bidang tumpuan seperti STEM, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pendidikan digital serta memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris.
"Benarlah pepatah, 'it takes a village to raise a child'. Ia memerlukan kerjasama strategik merentas kementerian dan agensi bagi memartabatkan pendidikan negara demi manfaat semua anak Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Majlis Pendidikan Negara
#MPN
#penguasaan Bahasa Inggeris dan Sejarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan