Skip to main content

Malaysia

PM Anwar sahkan Malaysia pertimbang peroleh peluru berpandu Brahmos India

  MY  Skip navigation Search    Create  9+  Avatar image NDTV LIVE: BRICS Summit 2026 | Malaysian President Anwar Ibrahim Exclusive With NDTV -- Youtube NDTV
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu ditemu bual oleh NDTV India. - Foto YouTube NDTV
Advertisement

NEW DELHI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Malaysia sedang  meneroka kemungkinan untuk memperoleh sistem peluru berpandu udara ke permukaan BrahMos India.

Beliau menekankan perbincangan itu masih dijalankan walaupun tiada keputusan muktamad yang dibuat setakat ini.

Dalam satu temu bual dengan NDTV India, beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu dibuat semasa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, namun pihak yang berhak membuat keputusan adalah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

““(Kami) telah berbincang, namun lazimnya kedudukan saya adalah melibatkan jabatan atau agensi yang berkenaan, mereka yang mempunyai kepakaran dalam tentera udara, mereka sepatutnya meneruskan perbincangan.

“Mereka telah mengadakan perbincangan awal dan saya memberitahu Perdana Menteri Modi yang saya sangat menyokong kerana hubungan ini dibina atas kepercayaan dan kami ingin mengukuhkannya dalam semua bidang,” katanya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengakui keupayaan pertahanan India.

BrahMos merupakan peluru berpandu krus supersonik berkuasa ramjet jarak jauh yang boleh dilancarkan dari kapal selam, kapal, pesawat pejuang atau pelancar mudah alih (TEL).

Ia merupakan usaha sama antara Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) India dan NPO Mashinostroyeniya Persekutuan Rusia, yang bersama-sama membentuk BrahMos Aerospace.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement