awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar sampai sumbangan kepada kanak-kanak hidap penyakit usus kronik

Bernama
Bernama
12/06/2024
10:17 MYT
PM Anwar sampai sumbangan kepada kanak-kanak hidap penyakit usus kronik
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi kepada ahli keluarga kanak-kanak itu semasa menziarahi Thevsin di Hospital Tunku Azizah. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun Thevsin Ramesh yang menghidap penyakit usus kronik.
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi kepada ahli keluarga kanak-kanak itu semasa menziarahi Thevsin di Hospital Tunku Azizah di sini, semalam.
"Saya sedih apabila mendapat perkhabaran mengenai keadaan adik Thevsin yang diuji dengan dugaan yang cukup berat di usia muda.
"Saya juga difahamkan beliau sudah dua tahun menerima rawatan di hospital ini," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook hari ini.
Anwar turut mendoakan Thevsin diberikan kesembuhan secepat mungkin, selain berharap sumbangan diberikan dapat membantu meringankan beban ditanggung keluarga kanak-kanak berkenaan.
Sementara itu dalam satu lagi hantaran di Facebook Perdana Menteri berkata Setiausaha Politiknya Muhammad Kamil Abdul Munim baru-baru ini turut mewakili beliau dalam sesi Ziarah Kasih MADANI di Kota Lama dan Pasir Pekan, Kelantan.
"Alhamdulillah beberapa keluarga telah disantuni selain menyerahkan sumbangan keperluan asas kepada mereka," katanya.
Anwar berkata beliau dan pasukannya akan meneruskan usaha bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#penyakit usus kronik
#sampaikan sumbangan
#Thevsin Ramesh
#Ahmad Farhan Fauzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan