awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar sertai Qiyamullail Perdana di Masjid Putra

Bernama
Bernama
15/04/2023
00:45 MYT
PM Anwar sertai Qiyamullail Perdana di Masjid Putra
Anwar menyertai majlis Qiyamullail Perdana di Masjid Putra, Putrajaya, awal pagi ini. - Foto Facebook Masjid Putra
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim awal pagi ini menyertai majlis Qiyamullail Perdana di Masjid Putra, di sini.
Turut serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Majlis qiamullail berjemaah pada kira-kira 4.40 pagi itu dimulakan dengan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat dan solat hajat yang dipimpin oleh imam jemputan iaitu Hanif Azmir Hassim sebelum disusuli dengan sahur.
Pengisian acara seterusnya yang turut disertai Anwar dan jemaah lain ialah solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh imam jemputan iaitu Ahmad Fairuz Nazaruddin dan tausiyah subuh yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Dasar dan Strategik Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional Mohd Gunawan Che Ab Aziz.
Majlis Qiyamullail Perdana anjuran JAKIM itu dihadiri kira-kira 2,000 jemaah yang memanfaatkan baki 10 malam terakhir Ramadan yang suci dan penuh keberkatan untuk beribadah.
Majlis seumpama itu juga diadakan bagi mengimarahkan masjid serta mendorong umat Islam untuk terus beristiqamah melakukan ibadah qiamullail demi pembinaan diri dan pembersihan jiwa.
Majlis Qiyamullail Perdana itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV AlHijrah dan laman Facebook JAKIM.
-- BERNAMA
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Masjid Putra
#Qiyamullail Perdana
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan