awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar sertai solat jenazah ghaib ke atas Ismail Haniyeh

Bernama
Bernama
02/08/2024
08:19 MYT
PM Anwar sertai solat jenazah ghaib ke atas Ismail Haniyeh
Perdana Menteri (tengah) bersama para jemaah melakukan solat jenazah ghaib untuk Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan Israel. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai kira-kira 3,000 jemaah menunaikan solat jenazah ghaib buat Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di Masjid Negara.
Solat jenazah ghaib yang diadakan sejurus selepas Solat Jumaat itu dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.
Turut serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Terdahulu, Ehsan menyampaikan Khutbah Khas Jumaat bertajuk Perjuangan Demi Nusa Tercinta bersempena sambutan Hari Pahlawan 2024.
[LAPOR LANGSUNG] Jasad Ismail Haniyeh dikebumi di tanah perkuburan Lusail
Media sebelum ini melaporkan Mohd Na'im pada Rabu meminta semua masjid di bawah seliaan JAKIM dan JAWI mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Haniyeh.
Agensi Anadolu melaporkan pemimpin Palestin itu terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran.
Beliau berada di ibu negeri Iran itu untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu Masoud Pezeshkian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Ismail Haniyeh
#solat jenazah ghaib
#Masjid Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan