awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar seru rakyat tumpu kepentingan negara

Bernama
Bernama
31/01/2025
03:25 MYT
PM Anwar seru rakyat tumpu kepentingan negara
Anwar (tengah) menggaul yee sang ketika hadir pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran PCCCI di Ipoh hari ini. Turut hadir, Nga (kanan), Saarani (dua, kiri) dan Liew (dua, kanan). --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat untuk menumpukan kepada kemajuan dan kepentingan negara dan tidak memfokuskan perkara yang boleh memecahbelahkan perpaduan.
Beliau berkata Malaysia juga harus menjadi negara contoh perpaduan kaum yang baik.
"Negara ini mempunyai potensi yang baik, tak payah umpamanya menimbulkan pergaduhan, (tetapi) angkat martabat semua (kaum)," kata beliau ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di Ipoh, Perak hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Yang Dipertua PCCCI Datuk Liew Chee Meng.
Anwar turut menyelar tindakan segelintir pihak yang membangkitkan isu pelbagai kaum di negara ini meraikan perayaan kaum lain.
"... ada dibangkitkan ini orang Melayu pergi (meraikan) raya Cina, Cina pergi Melayu pergi, pergi Thaipusam semua perkara yang puluh-puluh tahun tak jadi masalah sekarang dikaitkan jadi masalah.
"Tapi kita nak layan itu atau nak fokus perpaduan kita? Kita nak pilih untuk terus ada perbezaan pendapat atau terus kukuhkan perpaduan, dan untuk apa perpaduan, untuk bangkitkan ekonomi kita," kata beliau.
Perdana Menteri berkata Malaysia antara negara yang memberi sumbangan tinggi kepada rakyat bagi menangani peningkatan kos sara hidup dan ini membuktikan kerajaan amat prihatin dengan masalah peningkatan kos sara hidup yang juga dihadapi seluruh dunia.
"Kerana ini masalah kita kerajaan, umpamanya dari segi bantuan kepada rakyat STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dah naik sehingga RM13 bilion.
"Sebab itu kita tambah (STR), ini kerana kita tahu sara hidup meningkat. Ini masalah yang dihadapi oleh seluruh dunia, saya juga tingkatkan gaji penjawat awam kerana telah 12 tahun tidak naik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#negara contoh perpaduan kaum
#perpaduan
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan