Anwar berkata Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkan urusan Petronas-Petros sekembalinya Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom kelak.
"Saya telah berkesempatan bercakap dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg semalam mengenai urusan Petronas-Petros berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.
"Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah," katanya menerusi hantaran di laman sosial beliau hari ini.
-- BERNAMA
