Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok

PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar kenyataan isu Petronas-Petros

Bernama
Bernama
04/05/2025
02:30 MYT
PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar kenyataan isu Petronas-Petros
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru semua pihak agar menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan mengenai isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) atas dasar kepentingan bersama.
Anwar berkata Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkan urusan Petronas-Petros sekembalinya Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom kelak.
"Saya telah berkesempatan bercakap dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg semalam mengenai urusan Petronas-Petros berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.
"Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah," katanya menerusi hantaran di laman sosial beliau hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Abang Johari Tun Openg
#Petronas
#Petros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami