awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang

Faida Rahim
Faida Rahim
25/12/2025
08:15 MYT
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Amanah menyeru rakyat agar kekal tenang dan tidak terpengaruh dengan spekulasi politik yang boleh menambah keresahan awam.
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) Perlis menegaskan kesediaannya untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK), sekiranya ia berlaku.

Ringkasan AI
  • Amanah Perlis bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) sekiranya berlaku, dengan mengadakan perbincangan bersama PH negeri dan BN bagi menyelaras tindakan selanjutnya.
  • Parti menyeru rakyat agar kekal tenang dan tidak terpengaruh dengan spekulasi politik yang boleh menambah keresahan awam.
  • Tiga kerusi DUN Perlis perlu diisi semula melalui PRK susulan keputusan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang menggantung keahlian tiga ADUN Pas Perlis.

Dalam kenyataan hari ini, Amanah Perlis memaklumkan pihaknya bersama rakan gabungan Pakatan Harapan (PH) negeri serta Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi menyelaras pendirian dan tindakan selanjutnya, selaras dengan perkembangan isu semasa.
"Amanah Perlis menegaskan bahawa parti ini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK), sekiranya ia berlaku.
"Dalam masa yang sama, Amanah Perlis bersama rakan-rakan gabungan Pakatan Harapan Negeri serta Barisan Nasional akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi menyelaras pendirian dan tindakan selanjutnya, selaras dengan perkembangan isu semasa," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, sebagai sebuah parti yang menjunjung kestabilan politik dan kepentingan rakyat, Amanah Perlis menyeru seluruh rakyat negeri ini agar kekal bertenang, berfikir secara rasional dan tidak terpengaruh dengan sebarang spekulasi yang boleh menambah keresahan awam.
Parti itu turut mengajak semua pihak berdoa agar kemelut politik yang sedang berlaku dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya demi kebaikan negeri dan kesejahteraan rakyat, serta menghasilkan keadaan yang lebih baik dan stabil berbanding situasi sedia ada.
Dalam sidang akhbar hari ini, Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan memaklumkan, tiga kerusi DUN Perlis perlu diisi semula menerusi pelaksanaan PRK demi kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
Ia susulan keputusan Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu malam tadi, yang memutuskan keahlian tiga ADUN Pas Perlis terhenti serta-merta.
Tiga ADUN terbabit ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).
Keputusan itu susulan tindakan mereka yang didakwa menandatangani akuan bersumpah (SD) menarik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, sekali gus disifatkan boleh menjejaskan kepimpinan Kerajaan Negeri.
Sementara itu, Wan Kharizal berkata, pihaknya mengambil maklum perkembangan terkini politik negeri itu susulan pengumuman yang dibuat oleh Rus’sele hari ini.


Topic Berkaitan
#Mohd Shukri Ramli
#PAS
#Perlis
#Parti Amanah Negara
#PRK
#akuan bersumpah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan