awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar setuju penggunaan BIM diperluas kepada projek kerajaan dan swasta

Bernama
Bernama
07/06/2024
13:38 MYT
PM Anwar setuju penggunaan BIM diperluas kepada projek kerajaan dan swasta
Anwar berkata beliau telah menekankan mengenai beberapa perkara berkait kelewatan pelaksanaan projek dan perlu diatasi dengan berhemah melalui perubahan proses kerja serta penggunaan teknologi-teknologi baharu. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersetuju supaya penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) diperluas kepada projek-projek kerajaan dan swasta.
BIM ialah proses penyediaan dan pengurusan model tiga dimensi (3D) berinformasi dalam kitar hayat pelaksanaan sesebuah projek, dengan model digital ini digunakan oleh pelbagai pihak untuk tujuan tertentu bagi meningkatkan tahap keberkesanan pengurusan aset menyeluruh.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu dipersetujuinya sewaktu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara (MTPN) Bilangan 1 Tahun 2024, yang bertanggungjawab memutuskan strategi pelaksanaan dan hala tuju pelaksanaan pembangunan negara.
Dalam mesyuarat itu, Anwar berkata beliau telah menekankan mengenai beberapa perkara berkait kelewatan pelaksanaan projek dan perlu diatasi dengan berhemah melalui perubahan proses kerja serta penggunaan teknologi-teknologi baharu.
"Pada tahun ini, saya mengharapkan agar perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek serta program pembangunan kerajaan berjalan lancar berdasarkan perancangan secara bersepadu.
"Saya juga amat berpuas hati dengan pencapaian prestasi pembasmian kemiskinan yang menunjukkan penurunan yang drastik," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Perdana Menteri dalam hantaran sama berkata semua kementerian, agensi dan pihak-pihak berkepentingan perlu bergerak seiring, secara terancang dan bersepadu.
"(Ia) bagi memastikan pencapaian dan keberhasilan perancangan dan pelaksanaan projek serta pembangunan negara menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#model tiga dimensi
#projek kerajaan
#strategi pelaksanaan
#MTPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan