awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok Sabtu ini

Bernama
Bernama
02/08/2024
09:55 MYT
PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok Sabtu ini
Anwar (kanan) dan Srettha Thavisin (kiri) akan melakukan lawatan kerja ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Malaysia pada 3 Ogos (Sabtu) untuk menilai kemajuan projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin akan melakukan lawatan kerja ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Malaysia pada 3 Ogos (Sabtu) untuk menilai kemajuan projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok.
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan berkata projek itu adalah salah satu inisiatif utama dalam kesalinghubungan sempadan antara kedua-dua negara.
"Kedua-dua Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat dua hala untuk membincangkan isu-isu utama dua hala, termasuk isu persempadanan Malaysia-Thailand, inisiatif kesalinghubungan untuk memajukan pembangunan sosioekonomi di kawasan sempadan dan Proses Dialog Damai Selatan Thailand," katanya.
Menurut kementerian itu lagi, lawatan ini membina momentum daripada penglibatan terdahulu kedua-dua pemimpin di Sadao, Thailand pada November tahun lepas dan sekali lagi menegaskan komitmen Malaysia dan Thailand untuk menggalakkan hubungan antara rakyat serta meningkatkan aktiviti ekonomi di sepanjang kawasan utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.
Anwar akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Pada tahun 2023, Thailand adalah rakan perdagangan keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan bernilai US$24.83 bilion (RM113.16 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Srettha Thavisin
#Sungai Golok
#Rantau Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan