KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Rabu.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata beliau dan Shehbaz memperbaharui komitmen untuk meneroka potensi kerjasama baharu antara Malaysia dan Pakistan dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, kebudayaan serta hubungan antara rakyat.
"Saya turut menzahirkan kesediaan supaya Malaysia meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan Pakistan termasuk menerusi mekanisme Mesyuarat Suruhanjaya Bersama," katanya.
Anwar berkata Malaysia dan Pakistan terus memperkukuh kerjasama dua hala sejak peningkatan tahap hubungan antara kedua-dua negara kepada Perkongsian Strategik pada 2019.
Pakistan merupakan rakan dagang penting di Asia Selatan dengan nilai dagang dua hala mencecah AS$1.42 bilion pada tahun 2021.
Anwar juga memuat naik video perbualan telefon itu di Facebook, di mana Shehbaz mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke 15 dan turut menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan Anwar.
"Penghormatan bagi anda bukan sahaja daripada kacamata rakyat Malaysia dan Pakistan tetapi juga dari seluruh dunia, disegani dan memang diketahui," katanya.
Shehbaz juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana membantu rakyat Pakistan yang terkesan dengan banjir yang melanda negara itu baru-baru ini.
Anwar pula berkata beliau berharap hubungan mesra dan persaudaraan, termasuk hubungan peribadi dan antara kedua-dua negara itu, akan terus berkembang.
"Keutamaan kita adalah hubungan bersejarah antara Malaysia dan Pakistan yang telah lama terjalin...ia bukan sahaja terhad kepada perdagangan dua hala semasa tetapi juga daripada segi budaya, fahaman Islam dan falsafah yang telah banyak memanfaatkan kita," kata Anwar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023

Anwar berkata beliau dan Shehbaz memperbaharui komitmen untuk meneroka potensi kerjasama baharu antara Malaysia dan Pakistan dalam pelbagai lapangan. - Facebook Anwar Ibrahim

'Ada hari saya tidak mahu bangun langsung' - Guru ditembak pelajar 6 tahun
Abigail Zwerner turut menghadapi kesukaran menjalani kehidupan seperti biasa terutama selepas terpaksa menjalani beberapa pembedahan.

Perlu sedar duit Tabung Haji, duit pendeposit - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Tabung Haji (TH) memegang amanah 8.8 pendeposit untuk menguruskan RM88 bilion dana yang ada. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar sejumlah kos besar disalurkan hanya kepada lebih 30,000 jemaah haji dan mengabaikan aspek agihan keuntungan yang wajar kepada pendeposit lain.

Misi kemanusiaan di Turkiye dan Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan. Tumpuan misi kemanusiaan di kawasan terjejas kini tertumpu kepada kesihatan primer, makanan ruji dan tempat berteduh yang lebih kekal.

Layanan dan perkhidmatan sama jemaah B40, M40, T20 - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata semua jemaah haji yang melaksanakan ibadah itu dibawah pakej muassasah akan diberi layanan dan perkhidmatan yang sama. Meskipun terdapat perbezaan jumlah bayaran bagi kelas pendapatan yang berbeza, itu hanyalah kerana perbezaan kemampuan setiap jemaah.

Satu formula baharu mengenai bayaran haji yang lebih lestari diperlukan - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata formula baharu mengenai bayaran haji yang ditanggung oleh jemaah haji diperlukan untuk memastikan kelestarian kewangan Tabung Haji secara menyeluruh.

Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat
15 pokok tumbang akibat kejadian hujan lebat sehingga menjejaskan bahagian hadapan tujuh rumah.

Kerajaan Perancis: Terselamat daripada undi tidak percaya
Kerajaan Perancis terselamat daripada undi tidak percaya selepas meneruskan rancangan naikkan umur pencen di negara itu.

AWANI Pagi: Peranan MTDC sebagai pemangkin perniagaan teknologi
Ikuti diskusi #AWANIPagi bersama CEO Doluvo, Rose Yasmin Abdul Karim dan CEO Cell Tissue Technologies, Dr Khairul Idzwan Baharim untuk mengetahui bagaimana MTDC membangunkan teknologi baharu?

Lulus dana penyelamatan AS$ 3 bilion kepada Sri Lanka
IMF luluskan dana AS$ 3 bilion kepada Sri Lanka untuk selamatkan negara itu daripada krisis kewangan terburuk.

Gesa Israel tarik balik kenyataan menteri Israel terhadap Palestin
Ketua Dasar EU, Josep Borell gesa Israel tarik balik kenyataan seorang Menteri Israel terhadap Palestin.

Konvensyen parti-parti Kerajaan Perpaduan akan diadakan, pastikan hala tuju seiring - PM
Konvensyen itu antara lain bertujuan untuk menentukan pemikiran dan dasar yang sama dalam parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Tiada perbincangan agihan kerusi PRN - Anwar
Anwar memaklumkan, perbincangan secara teliti tidak dibuat namun menjangkakan ia akan diputuskan dalam masa terdekat.

Halalkan kanabis perubatan? Sabar dulu - Anwar Ibrahim
Ambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di luar bandar yang semakin meningkat sehingga mencecah ratusan ribu setakat ini.

Ibu bapa cetus keprihatinan terhadap orang miskin, asuhan guru teguhkan disiplin - Anwar
Bcerita tentang zaman persekolahannya, Anwar menekankan mengenai didikan saling menghormati yang ditonjolkan oleh guru-gurunya.

Perdana Menteri janji beri perhatian isu monopoli Touch 'n Go
Beliau menjawab pertayaan salah seorang peserta program Temu Anwar yang bertanya sama ada kerajaan berhasrat untuk menamatkan monopoli Touch 'n Go.

PRN: Kemenangan besar PH-BN penentu 'survival' Kerajaan Perpaduan
Anthony Loke berkata, kemenangan besar Kerajaan Perpaduan khususnya pada PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah akan menjadi faktor penting kepada PH dan BN.

Lagu Malaysia Madani dinyanyikan Bunkface untuk kali pertama
Lagu berdurasi sekitar 2 minit itu dinyanyikan di hadapan ribuan peserta dalam kalangan belia yang menyertai dialog tersebut.

Dialog terbuka PM bersama belia petang ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan mengadakan dialog dan sesi soal jawab terbuka bersama belia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, petang ini.

Kejatuhan kerajaan PN harus diteladani kerajaan hari ini - PM Anwar
Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata jawatan meskipun penting, ia bukanlah segalanya dalam perjuangan.

Lawatan Presiden Singapura ke Malaysia mulai Isnin suntik momentum positif hubungan dua hala
Lawatan rasmi Presiden Singapura Halimah Yacob selama tiga hari ke Malaysia bermula Isnin (20 Mac) ini, bakal menyuntik lagi momentum positif dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.