awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar tiba di Melbourne untuk lawatan rasmi ke Australia

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
03/03/2024
11:41 MYT
PM Anwar tiba di Melbourne untuk lawatan rasmi ke Australia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Melbourne bagi meneruskan lawatan rasmi empat hari beliau ke Australia. - Foto ihsan Fath Rizal/PMO
MELBOURNE: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Melbourne bagi meneruskan lawatan rasmi empat hari beliau ke Australia.
Pesawat khas yang membawa Anwar, yang juga Menteri Kewangan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne pada pukul 10.34 malam waktu tempatan.
Sebelum itu, pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada 2 petang waktu Malaysia diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau disambut Wakil Khas Perdana Menteri Australia merangkap Penolong Menteri Luar, Tim Watts dan wakil Premier Victoria, Nick Staikos.
Turut serta dalam lawatan kerja tersebut ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Dalam rangka lawatan rasmi empat hari itu, Perdana Menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Tahunan (ALM) Kedua Malaysia-Australia pada 4 Mac dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia dari 5 hingga 6 Mac di Melbourne.
Anwar akan mengakhiri lawatannya ke Australia di Canberra, untuk menyampaikan syarahan umum di Australian National University (ANU) dan bertemu Gabenor Jeneral Australia, David Hurley.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#lawatan rasmi
#tiba di Melbourne
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan