awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap selamat bertugas buat pasukan SMART di Turkiye

Bernama
Bernama
08/02/2023
03:10 MYT
PM Anwar ucap selamat bertugas buat pasukan SMART di Turkiye
Anggota Pasukan SMART Malaysia bergambar bersama Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebelum berlepas ke Turkiye di KLIA Sepang, 6 Feb 2023. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dihantar ke Turkiye untuk memenyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.
Menerusi catatan di Facebook, beliau turut mendoakan semoga usaha pasukan berkenaan dipermudahkan.
Semalam, pasukan berkenaan yang dianggotai anggota SMART, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) selamat tiba di Turkiye pada 11 pagi (waktu Malaysia) bagi menyertai misi SAR di wilayah terjejas bencana gempa bumi.
Pada awal pagi Isnin, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda daerah Pazarcik di wilayah Kahrananmaras dan menggegarkan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adiyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay serta Kilis.
Menurut laporan media, setakat semalam tragedi itu telah meragut lebih 5,000 nyawa di Turkiye dan Syria.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Turkiye
#gempa bumi
#pasukan SMART
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan