awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo

Bernama
Bernama
20/10/2024
07:00 MYT
PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Kedua-dua pemimpin ketika bertemu secara santai di kediaman Prabowo pada malam sebelumnya. -Facebook Anwar Ibrahim
JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto atas pelantikannya sebagai Presiden baharu Indonesia, hari ini.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto atas pelantikannya sebagai Presiden baharu Indonesia dan menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini.
  • Kehadiran Anwar di majlis pelantikan mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama serantau di bawah kepimpinan baharu Prabowo. Kedua-dua pemimpin juga bertemu secara santai dan membincangkan pelbagai isu untuk memperkukuh kerjasama dua hala.
  • Sejak menjawat jawatan pada November 2022, Anwar memberi keutamaan kepada Indonesia sebagai rakan diplomatik utama, dengan lawatan rasmi pertamanya ke negara itu pada Januari 2023 dan penyertaannya di Sidang Kemuncak ASEAN di Labuan Bajo dan Jakarta.

"Saya mewakili Kerajaan Malaysia menyampaikan ucapan selamat memulai tugas pada sahabat lama saya, Prabowo," kata Anwar kepada media Malaysia.
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini dan mengiktiraf usahanya dalam mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Kehadiran Perdana Menteri di majlis itu mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama serantau di bawah kepimpinan baharu Prabowo.
Kedua-dua pemimpin juga sempat bertemu secara santai di kediaman Prabowo pada malam sebelumnya, dengan mereka membincangkan pelbagai isu dan inisiatif untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor.
Sejak menjawat jawatan pada November 2022, Anwar sentiasa memberi keutamaan kepada Indonesia sebagai rakan diplomatik utama, dengan lawatan rasmi pertamanya ke negara itu pada Januari 2023, disusuli dengan penyertaannya di Sidang Kemuncak ASEAN di Labuan Bajo dan Jakarta tahun yang sama.
Selesai menghadiri majlis di bangunan Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR), Perdana Menteri kembali ke tanah air dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma pada 1 petang waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Prabowo Subianto
#Joko Widodo
#Indonesia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan