Skip to main content

Dunia

Trump dakwa PM Britain Starmer akan letak jawatan

BBC sebelumnya melaporkan bahawa Starmer mungkin mengumumkan jadual untuk berundur seawal Isnin berikutan perubahan sentimen dalam kerajaan. - Reuters
BBC sebelumnya melaporkan bahawa Starmer mungkin mengumumkan jadual untuk berundur seawal Isnin berikutan perubahan sentimen dalam kerajaan. - Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad mendakwa Perdana Menteri Britain Keir Starmer akan meletakkan jawatan dengan memetik kegagalan dalam dasar imigresen dan tenaga, lapor Anadolu Ajansi.

"Keir Starmer akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Britain," tulis Trump menerusi platform Truth Social miliknya.

"....Saya mendoakan yang terbaik untuk beliau!"

Advertisement

Terdahulu pada Ahad, BBC melaporkan bahawa Starmer mungkin mengumumkan jadual untuk berundur seawal Isnin berikutan perubahan sentimen dalam kerajaan.

Menurut laporan itu, beberapa sumber dalaman kerajaan kini percaya perdana menteri Britain itu boleh mengumumkan jadual peletakan jawatannya seawal Isnin.

Advertisement

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement