Skip to main content
Advertisement

Hiburan

TTMM2: Adira dan Anggrek dinobat juara

TB_TTMM JUARA ADIRA_SCREENSHOT ASTRO RIA
Sinergi Adira dan Anggrek sebagai gandingan manager-artis berjaya menawan hati juri dalam pentas akhir TTMM2. - Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: Selepas 10 minggu penuh debaran dengan persaingan sengit, pentas realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) melabuhkan tirainya dengan menyaksikan manager Adira dan artis Anggrek dinobatkan sebagai juara musim ini.

Tampil memukau menerusi lagu Aku Stacy dan Sutera, peserta termuda itu berjaya menambat hati juri dan penonton sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi kejuaraan.

Tempat kedua disandang oleh manager Jamilulhayat dan artis Hussain yang membawa pulang wang tunai  RM15,000 berserta trofi.

Manakala Datuk Vida dan artisnya Cik B berada di tempat ketiga membawa pulang RM10,000 dan trofi.  

Sementara itu, manager A. Aida dan artis Azeva memenangi tempat keempat disusuli, di tempat kelima, manager Safura dan artis Kim Khairy masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, Adira dan Anggrek sekali lagi mengungguli anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie, sekali gus berjaya membawa RM10,000.

Manakala Anugerah Manager Paling Perform (MPP) pula dimenangi Jamilulhayat, yang menguruskan artisnya, Hussain.

Malam The Grand Finale TTMM2 dengan tema “Malam Ini Kita Punya” turut menyaksikan kembalinya Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara, bersama barisan juri Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal, yang terus tampil dengan kepakaran, panduan serta karisma tersendiri dalam memeriahkan program ini.

TTMM2 turut menampilkan barisan juri seperti Datuk Shafinaz Selamat; serta penyanyi dan komposer Hael Husaini.

Meneruskan momentum musim pertama yang berjaya menawan hati penonton menerusi gabungan cabaran kompetitif dan persembahan yang memukau, musim kedua tampil dengan penyertaan lebih ramai selebriti.

Antara barisan manager-artis lain yang turut bertanding untuk menjayakan musim kedua adalah Ani Mayuni & Viviana, Datuk Fazley & Fariedz Fazley, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, serta Pak Azad & Amarra.

 

Must Watch Video

Advertisement