awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan kawasan PRTU: PPSB komited terhadap ketelusan, keselamatan awam
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap tahniah kepada Takaichi atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Jepun

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2025
06:40 MYT
PM Anwar ucap tahniah kepada Takaichi atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Jepun
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Sanae Takaichi atas pelantikannya sebagai perdana menteri wanita pertama Jepun, menyifatkannya sebagai detik bersejarah dan simbol evolusi demokrasi negara itu. -Foto Facebook/Reuters
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Sanae Takaichi atas pelantikannya sebagai perdana menteri wanita pertama Jepun, menyifatkan pencapaian itu sebagai detik bersejarah dalam landskap politik negara matahari terbit.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Sanae Takaichi atas pelantikannya sebagai perdana menteri wanita pertama Jepun, menyifatkannya sebagai detik bersejarah dan simbol evolusi demokrasi negara itu.
  • Anwar menegaskan komitmen Malaysia terhadap Perkongsian Strategik Komprehensif dengan Jepun yang berasaskan kepercayaan, inovasi dan kestabilan serantau.
  • Takaichi dijadual melawat Kuala Lumpur minggu hadapan sempena Sidang Kemuncak ASEANJepun, yang bakal memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Anwar berkata pelantikan Takaichi mencerminkan keteguhan peribadi pemimpin berkenaan serta evolusi demokrasi Jepun yang semakin matang dan inklusif.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Sanae Takaichi atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Jepun.
"Pelantikan beliau ke jawatan tersebut sebagai wanita pertama yang memegang jawatan Perdana Menteri di Jepun merupakan detik bersejarah dalam landskap politik negara itu, mencerminkan keteguhan tekad beliau serta evolusi senyap demokrasi Jepun.
“Malaysia menghargai Perkongsian Strategik Komprehensif dengan Jepun yang dibina atas asas kepercayaan, inovasi dan komitmen bersama terhadap kestabilan serantau serta pertumbuhan mampan,” katanya.
Anwar turut memaklumkan bahawa beliau akan menyambut kehadiran Takaichi ke Kuala Lumpur minggu hadapan sempena Sidang Kemuncak ASEAN–Jepun, yang dijangka menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan dua hala.
Dalam hantaran sama, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, atas lawatan beliau ke Malaysia awal tahun ini yang telah mengukuhkan lagi persahabatan antara kedua-dua negara.
Pelantikan Takaichi sebagai Perdana Menteri ke-104 Jepun telah menarik perhatian antarabangsa, bukan sahaja kerana beliau merupakan wanita pertama memegang jawatan tertinggi itu, tetapi juga kerana latar belakang konservatif dan pengalaman luas dalam pentadbiran negara.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sanae Takaichi
#Shigeru Ishiba
#perdana menteri wanita pertama Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan