awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap takziah atas pemergian Mother Mangalam

Bernama
Bernama
12/06/2023
06:22 MYT
PM Anwar ucap takziah atas pemergian Mother Mangalam
Menurut laporan media, Mother Mangalam meninggal dunia pada usia 97 tahun selepas mendapat rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya. -Facebook The Pure Life Society
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Presiden Seumur Hidup Pure Life Society Datin Dr Mother A. Mangalam yang meninggal dunia, Sabtu lepas.
"Pure Life Society adalah badan yang menjadi tempat berteduh buat anak-anak yatim dan kumpulan masyarakat yang melarat.
"Rakyat Malaysia pasti akan mengenang budi dan jasa baik beliau terutamanya dalam persoalan kemanusiaan," kata Anwar menerusi ciapan di Twitter.
Mengutus takziah kepada keluarga mendiang Presiden Pure Life Society YBhg Datin Paduka (Dr) Mother A Mangalam yang meninggal dunia baru-baru ini. Foto: The Sun Daily pic.twitter.com/4pu2DIEvnl
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) June 12, 2023
Menurut laporan media, Mother Mangalam meninggal dunia pada usia 97 tahun selepas mendapat rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
Dilahirkan di Singapura pada 1926, Mother Mangalam yang mendapat julukan sebagai 'Mother Teresa of Malaysia' berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1948 dan bekerja sebagai guru sebelum menyertai badan bukan kerajaan itu setahun kemudian.
Pure Life Society ditubuhkan pada 1949 oleh Swami Satyanandaji bagi menguruskan kebajikan anak yatim yang menempatkan antara lain kanak-kanak terbiar dan mereka yang ibu bapa telah bercerai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mother A Mangalam
#Pure Life Society
#ucap takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan