KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM50 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memperluaskan inisiatif ‘Rahmah’ ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.
Beliau menjelaskan, program Rahmah yang menyentuh secara langsung golongan berpendapatan rendah, dilihat sebagai antara elemen penting dan utama dalam usaha kerajaan menoktahkan miskin tegar tahun ini.
"Inisiatif Rahmah ini berjaya mengurangkan harga 10-15 peratus tetapi kalau macam Menu Rahmah itu dalam sejam atau dua jam habis.
"Sambutan terhadap inisiatif Rahmah ini sangat baik terutama di luar bandar dan ada juga di bandar yang melibatkan golongan miskin bandar.
"Tapi sekarang ini satu kawasan Parlimen satu, jadi saya minta diperluaskan, walaupun small scale tetapi kita target yang betul-betul msikin, dan kos RM50 juta khusus untuk Jualan RAHMAH," katanya selepas menghadiri Majlis Penutup Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 pada Ahad.
Di majlis itu juga perdana menteri turut menyempurnakan acara “flag off” lori Jualan RAHMAH Bergerak Peringkat Kebangsaan.
Sebanyak 16 lori telah dihimpunkan dari seluruh negara untuk turut serta di dalam acara “flag off” Jualan RAHMAH Bergerak #KedaiCariRakyat.
Irwan Muhammad Zain
Sun Jul 30 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program penutup Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Plaza Pavillion Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
Yayasan Prihatin SPRM, ELMU Foundation martabat profesion penguat kuasa
Yayasan Prihatin SPRM dan ELMU Foundation menandatangani MoU bagi memperkemas kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan program peningkatan integriti, profesionalisme dan kebajikan.
24 polis cedera, 39 penunjuk perasaan ditahan di Melbourne
Sekurang-kurangnya, 24 anggota polis cedera manakala 39 penunjuk perasaan anti-perang ditahan berhampiran Pameran Pertahanan Land Forces Melbourne pada Rabu.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Atlet Olimpik Tom Craig digantung 12 bulan
Pemain Hoki Olimpik Australia, Tom Craig digantung selama 12 bulan selepas disabit kesalahan kerana membeli dadah kokain semasa acara sukan olimpik Paris.
9 ditahan, lebih satu juta pil ekstasi dirampas
Pihak Polis Sepanyol merampas lebih daripada satu juta pil ekstasi dan menahan 9 orang termasuk warga Itali dalam sebuah operasi penumpasan sindiket dadah di Pulau Balearic, Ibiza pada Selasa.
Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara dan tengah Thailand, mengakibatkan empat kematian dan menjejaskan 14,328 isi rumah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) pada Rabu.
Debat Trump-Harris: Reaksi berbaur Demokrat, Republikan
Calon naib presiden, J.D. Vance memberitahu media ucapan Harris tidak mempunyai "bahan sebenar", dan tidak kedengaran seperti seorang Naib Presiden Amerika Syarikat.
Trump sengaja naikkan kemarahan Harris - Penganalisis bahasa
Norma berkata fakta bahawa Trump memanggil Biden sebagai bos Harris, menunjukkan bahawa Trump sebenarnya sedang meremehkan kedudukan Harris.
Presiden AS: Sokongan Taylor Swift akan beri impak besar
Swift membuat pengesahan itu dalam catatan di Instagram dan akan mengundi Naib Presiden Amerika Syarikat itu dalam pilihan raya pada 5 November depan.
Malaysia tidak perlu bimbang persaingan China-AS
Ini terbukti berdasarkan sejarah perdamaian yang cuba diperjuangkan sebelum ini tidak dapat dicapai kerana AS sudah hilang kredibiliti.
Taufan Yagi: Angka korban dan hilang meningkat kepada 324 di Vietnam
Wilayah Lao Cai adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
Yusoff Rawther ditahan polis
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther ditahan sejak Jumaat lalu selepas polis menemui dua pucuk pistol tiruan dan bahan dipercayai dadah.
PM Anwar adakan lawatan dua hari ke Sabah
Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour.
PM terima kunjungan hormat David Marriot, sasar promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Marriott International David Marriott yang mewakili sebuah syarikat hospitaliti terbesar di dunia.
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Thailand ke-31 Paetongtarn
Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand ke-31 Paetongtarn Shinawatra, menerusi panggilan telefon susulan upacara mengangkat sumpah jawatan itu pada 6 Sept.
Isu Palestin: Pendirian Malaysia konsisten - PM Anwar
Kerajaan dan rakyat Malaysia konsisten dalam menyatakan pendirian dan sokongan tidak berbelah bahagi supaya kekejaman terhadap penduduk Palestine dihentikan.
Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.
SUHAKAM, PDRM lakukan kajian elak kematian tahanan lokap - PM Anwar
Perdana Menteri berkata, sebahagian kes kematian yang dilaporkan adalah benar dan sebahagiannya hanya sekadar persepsi.
Pengiktirafan antarabangsa terhadap Malaysia lebih baik berbanding dahulu - PM Anwar
Malaysia kini mendapat pengiktirafan lebih baik di peringkat antarabangsa hasil kerjasama strategik dengan kuasa besar seperti China dan Rusia.
Alumni UIAM mohon PM umum segera rektor baharu
Menurut Presidennya, Khalik Awang, kekosongan rektor untuk tempoh yang lama adalah sesuatu yang tidak baik dari segi tatakelola.