PUTRAJAYA : Kerajaan mengusulkan supaya kerjasama melibatkan pihak swasta dan kerajaan diwujudkan bagi memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam Mesyuarat Kabinet hari ini, beliau mengusulkan langkah segera diambil untuk pelajar TVET supaya mereka mendapat pekerjaan dengan pendapatan munasabah.
Menurut Perdana Menteri, antara cadangan yang diusulkan ialah untuk syarikat-syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Petronas, DRB-HICOM Berhad, Sunway Group dan Berjaya Group melatih pelajar atau mengambil alih pusat TVET di seluruh negara.
Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengenal pasti langkah tambahan yang boleh diambil berhubung kerjasama berkenaan.
"Semuanya untuk kenal pasti syarikat swasta yang boleh bantu, sebahagian, kalau tidak sepenuhnya institut latihan yang ada untuk mereka selesaikan masalah yang wujud.
"Antaranya 'mismatch', latihan yang tidak diperlukan industri atau kemudahan-kemudahan yang tidak memuaskan.
"Ini adalah keputusan besar dan kita minta tindakan diambil segera. Perkara lain, kita akan jelaskan dalam Belanjawan pada 24 Februari nanti," kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, di sini, pada Khamis.
Dalam Bajet 2023, kerajaan memperuntukkan RM6.7 bilion di bawah tujuh kementerian utama untuk pelaksanaan pelbagai inisiatif TVET.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu termasuk RM180 juta sebagai Tabung Latihan TVET untuk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi menyediakan pinjaman kepada 12,000 pelatih di bawah Program Pensijilan Kemahiran Malaysia.
Pada tahun sebelumnya, kerajaan menyediakan peruntukan RM6.6 bilion dalam Bajet 2022 untuk melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah kementerian dan agensi berkaitan bagi memperkasa bidang TVET.
Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 berkata, tumpuan diberikan kepada usaha memenuhi keperluan industri semasa.
Berdasarkan peruntukan terdahulu dan juga kenyataan terbaharu daripada Anwar, TVET pasti memperoleh peruntukan hampir sama dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini.
Ridauddin Daud
Thu Feb 02 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Datuk Seri Fadillah Yusof. - Gambar BERNAMA

Ramadan, Syawal: KPDN laksana sesi libat urus berterusan pantau bekalan, harga barang
Sesi libat urus berterusan antara kementerian dan agensi akan dilakukan bagi memastikan bekalan barangan basah mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya.

3 kementerian bincang perluas sistem pembayaran terbuka ke PLUS
KPDN bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Kurangkan beban, KPM kaji keperluan wujudkan pembantu guru
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas guru ketika ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Tiga kementerian bincang laksana sistem pembayaran terbuka di PLUS
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Cadangan gaji graduan TVET RM3,000 wajar, elak jurutera berhijrah - MITI
Cadangan itu, yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga disifatkan sebagai satu langkah yang sangat baik.

Kerajaan terdahulu punca ketidaksepadanan graduan TVET dalam pasaran kerja - Chin Tong
Liew Chin Tong mendakwa Kerajaan terdahulu tidak ada pendekatan yang seragam sehingga berlaku ketidaksepadanan graduan tempatan dan TVET dengan pasaran pekerjaan negara.

Program TVET, bunuh diri jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Program TVET dan isu cubaan bunuh diri jadi antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

60 syarikat multinasional bantu biaya projek rakyat, TVET - PM Anwar
Syarikat berkenaan antaranya menampung pembiayaan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan membantu dan melatih golongan muda.

Zahid saran gaji minimum graduan TVET RM3,000
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bayaran sebegitu adalah wajar kerana mereka adalah pekerja mahir dan bukannya bekerja dalam bidang 3D atau dirty, difficult and dangerous.

'Berfikiran New York, berjiwa Mekah' formula lahirkan graduan TVET berkualiti - Ahmad Zahid
Keseimbangan antara kesejahteraan fizikal dan rohani adalah formula terbaik untuk melahirkan graduan berkualiti.

Kerjasama kerajaan-industri bantu graduan TVET dapat gaji setimpal - Sivakumar
Melalui kerjasama itu, pihak industri terlibat secara langsung dalam pelaksanaan TVET melalui pembangunan kurikulum, penyampaian latihan, perkongsian kepakaran dan peralatan.

JPPKK ambil usaha proaktif tambah baik bidang pengajian
JPPKK sentiasa mengambil usaha proaktif bagi menambah baik bidang pengajian yang ditawarkan supaya program itu kekal relevan serta responsif dalam memenuhi kehendak pasaran semasa.

Pengiktirafan profesional untuk graduan TVET akan beri nilai tambah
MBOT menyambut baik komitmen kerajaan untuk terus memperkasa TVET melalui inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023.