PM arah laporan proses pelaksanaan RPN 2026-2035 dikemuka mulai Mac ini

Anwar beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian, jabatan dan institusi pendidikan yang berkaitan agar mengemukakan laporan proses pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 mulai Mac ini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian, jabatan, dan institusi pendidikan untuk melaporkan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 bermula bulan Mac ini.
- Anwar menegaskan bahawa cabaran utama adalah memastikan setiap program RPN dilaksanakan dengan berkesan di lapangan, bukan sekadar merancang tanpa tindakan.
- RPN 2026-2035 dilihat sebagai langkah reformasi pendidikan untuk membangunkan generasi muda yang berdaya saing, adil, dan berteraskan nilai.
Anwar berkata RPN merupakan pelan besar untuk masa depan negara serta generasi muda, dan hanya akan memberi makna sekiranya dilaksanakan dengan baik.
"Jadi, kita berdoa ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan dapat kita capai... ini pelan besar bagi negara kita... ini pelan baik atau rancangan baik untuk anak-anak kita.
"Ini memberikan satu gambaran tentang betapa seriusnya kita untuk membawa perubahan, melakukan lonjakan, transformasi dan reformasi dalam bidang pendidikan bagi memastikan dalam tempoh beberapa tahun ini, mutu pendidikan kita meningkat dan masa depan anak-anak lebih cerah berbanding sekarang," katanya.
RPN 2026-2035 merupakan langkah reformasi pendidikan bagi membina masa depan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing dan berteraskan nilai.
Pelan pendidikan baharu itu membabitkan dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Ia adalah rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang ditekankan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035? A: Anwar menekankan pentingnya pelaksanaan program RPN dengan berkesan, bukan hanya merancang tetapi tidak melaksanakan dengan efektif.
- Q: Siapakah yang terlibat dalam Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035? A: Rancangan baru ini melibatkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai langkah reformasi pendidikan dari peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.
- Q: Siapakah yang turut hadir dalam majlis pelancaran RPN 2026-2035? A: Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh kedua Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan Tinggi, Menteri Pendidikan, Menteri Komunikasi, dan Ketua Setiausaha Negara.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

