awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Coach Cerai': Pasangan Islam perlu rujuk pihak autoriti agama dalam isu cerai - Marhamah
PRK Kinabatangan, Lamag: 93 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab - SPR
[KOLUMNIS] Amanat KSN 2026: Kepimpinan yang bergerak pantas, berakar pada amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluar telefon pintar kurangkan pengeluaran peranti akibat kekurangan komponen

Amanz
Amanz
20/01/2026
10:52 MYT
Pengeluar telefon pintar kurangkan pengeluaran peranti akibat kekurangan komponen
Lonjakan permintaan komponen oleh sektor pusat data AI telah menyebabkan harga RAM dan SSD meningkat lebih 40 peratus. -Gambar fail/Amanz
KEKURANGAN komponen memori global terus memberi kesan ketara kepada industri telefon pintar, dengan laporan dari China menyatakan bahawa Xiaomi, Oppo, Vivo dan Transsion dijangka mengurangkan pengeluaran peranti antara 10 hingga 20 peratus sepanjang 2026.

Ringkasan AI
  • Kekurangan komponen memori global memberi kesan besar kepada industri telefon pintar dengan Xiaomi, Oppo, Vivo dan Transsion dijangka mengurangkan pengeluaran peranti antara 10 hingga 20 peratus sepanjang 2026.
  • Lonjakan permintaan komponen oleh sektor pusat data AI telah menyebabkan harga RAM dan SSD meningkat lebih 40 peratus, mengehadkan bekalan memori untuk peranti pengguna seperti telefon pintar kelas sederhana dan mampu milik.
  • Laporan Wall Street Journal meramalkan bahawa hingga 70 peratus pengeluaran DRAM global akan digunakan oleh pusat data pada 2026, menambah tekanan kepada pengeluar peranti pengguna untuk menyesuaikan strategi pengeluaran bagi mengekalkan margin keuntungan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pengurangan ini berpunca daripada lonjakan permintaan komponen oleh sektor pusat data AI, yang telah menyebabkan harga RAM dan SSD meningkat lebih 40 peratus dalam beberapa bulan.
Sektor pusat data dan pembangunan kecerdasan buatan kini menyerap sebahagian besar bekalan memori, dengan laporan Wall Street Journal menjangkakan hingga 70 peratus pengeluaran DRAM global akan digunakan pusat data pada 2026.
Keadaan ini menambahkan tekanan terhadap pengeluar peranti pengguna yang bergantung pada bekalan DRAM dan NAND untuk telefon pintar kelas sederhana dan mampu milik.
Menurut laporan media China, penyesuaian pengeluaran paling besar melibatkan model pertengahan dan entry-level, manakala tumpuan akan diberikan kepada peranti mercu bagi mengekalkan margin keuntungan dalam keadaan kos meningkat.
Walaupun tiada pengumuman rasmi daripada syarikat terbabit, keputusan ini selari dengan analisis pasaran yang menunjukkan ketidaktentuan bekalan memori akan berlarutan sekurang-kurangnya sehingga 2029 berikutan keutamaan diberikan kepada sektor AI dan pusat data. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah faktor utama yang menyebabkan kekurangan komponen memori global? A: Lonjakan permintaan komponen oleh sektor pusat data AI, yang menyebabkan harga RAM dan SSD meningkat lebih 40 peratus dalam beberapa bulan.
  • Q: Bagaimana pengurangan pengeluaran peranti telefon pintar oleh Xiaomi, Oppo, Vivo dan Transsion dijangka berlaku? A: Pengurangan pengeluaran peranti dijangka antara 10 hingga 20 peratus sepanjang 2026 akibat kekurangan komponen memori global.
  • Q: Apakah sektor yang menyerap sebahagian besar bekalan memori pada masa kini? A: Sektor pusat data dan pembangunan kecerdasan buatan kini menyerap sebahagian besar bekalan memori, dengan laporan menjangkakan hingga 70 peratus pengeluaran DRAM global akan digunakan pusat data pada 2026.

Topic Berkaitan
#China
#telefon pintar
#Kekurangan komponen
#Xiaomi Oppo Vivo dan Transsion
#harga RAM dan SSD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan