awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Coach Cerai': Pasangan Islam perlu rujuk pihak autoriti agama dalam isu cerai - Marhamah
PRK Kinabatangan, Lamag: 93 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab - SPR
[KOLUMNIS] Amanat KSN 2026: Kepimpinan yang bergerak pantas, berakar pada amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM arah laporan proses pelaksanaan RPN 2026-2035 dikemuka mulai Mac ini

Bernama
Bernama
20/01/2026
08:38 MYT
PM arah laporan proses pelaksanaan RPN 2026-2035 dikemuka mulai Mac ini
Anwar beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian, jabatan dan institusi pendidikan yang berkaitan agar mengemukakan laporan proses pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 mulai Mac ini.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian, jabatan, dan institusi pendidikan untuk melaporkan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 bermula bulan Mac ini.
  • Anwar menegaskan bahawa cabaran utama adalah memastikan setiap program RPN dilaksanakan dengan berkesan di lapangan, bukan sekadar merancang tanpa tindakan.
  • RPN 2026-2035 dilihat sebagai langkah reformasi pendidikan untuk membangunkan generasi muda yang berdaya saing, adil, dan berteraskan nilai.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata cabaran utama bukan terletak pada merangka pelan yang kelihatan gah, sebaliknya memastikan setiap program diterjemah dengan berkesan di lapangan.
"Itu bukan sahaja peringatan tetapi amaran keras daripada saya kerana saya bimbang banyak pelan yang kita boleh luncurkan tetapi pelaksanaannya mungkin tidak sampai," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran RPN 2026-2035 di sini hari ini.
Anwar berkata RPN merupakan pelan besar untuk masa depan negara serta generasi muda, dan hanya akan memberi makna sekiranya dilaksanakan dengan baik.
"Jadi, kita berdoa ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan dapat kita capai... ini pelan besar bagi negara kita... ini pelan baik atau rancangan baik untuk anak-anak kita.
"Ini memberikan satu gambaran tentang betapa seriusnya kita untuk membawa perubahan, melakukan lonjakan, transformasi dan reformasi dalam bidang pendidikan bagi memastikan dalam tempoh beberapa tahun ini, mutu pendidikan kita meningkat dan masa depan anak-anak lebih cerah berbanding sekarang," katanya.
RPN 2026-2035 merupakan langkah reformasi pendidikan bagi membina masa depan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing dan berteraskan nilai.
Pelan pendidikan baharu itu membabitkan dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Ia adalah rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang ditekankan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035? A: Anwar menekankan pentingnya pelaksanaan program RPN dengan berkesan, bukan hanya merancang tetapi tidak melaksanakan dengan efektif.
  • Q: Siapakah yang terlibat dalam Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035? A: Rancangan baru ini melibatkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai langkah reformasi pendidikan dari peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.
  • Q: Siapakah yang turut hadir dalam majlis pelancaran RPN 2026-2035? A: Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh kedua Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan Tinggi, Menteri Pendidikan, Menteri Komunikasi, dan Ketua Setiausaha Negara.

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Rancangan Pendidikan Negara RPN
#program RPN
#RPN 2026-2035
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan