awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM bangga Malaysia negara contoh bentuk perpaduan kaum

Bernama
Bernama
29/06/2022
15:56 MYT
PM bangga Malaysia negara contoh bentuk perpaduan kaum
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga apabila diberitahu bahawa Malaysia merupakan negara contoh kepada masyarakat dunia kerana berjaya membentuk perpaduan antara kaum. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga apabila diberitahu bahawa Malaysia merupakan negara contoh kepada masyarakat dunia kerana berjaya membentuk perpaduan antara kaum.
Beliau berkata perkara itu dikhabarkan ketika menerima kunjungan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia (MWL) Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa di pejabatnya hari ini.
"Dalam pertemuan ini, saya nyatakan harapan agar hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi terus kukuh bagi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Sheikh Dr Mohammad berada di Malaysia bagi menghadiri Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang akan diadakan di Bandar Sunway, Petaling Jaya esok.
Perdana Menteri dijadual untuk menyempurnakan perasmian persidangan berkenaan yang julung kali diadakan di Malaysia.
Persidangan sehari itu yang menghimpunkan wakil dari 20 negara di rantau Asia, akan berkongsikan tentang konsep kesatuan, keadilan dan keharmonian antara pemimpin Islam dan masyarakat serta membawa mesej penyatuan ummah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Malaysia
#negara contoh
#perpaduan kaum
#Liga Muslim Sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan