awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM bincang VTL Malaysia-Thailand dalam lawatan kerja hujung bulan ini - Saifuddin

Fareez Azman
Fareez Azman
07/12/2021
08:46 MYT
PM bincang VTL Malaysia-Thailand dalam lawatan kerja hujung bulan ini - Saifuddin
Saifuddin berkata Malaysia berharap akan ada kemajuan mengenai perkara itu di sebalik kebimbangan berhubung penularan varian Omicron ketika ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Cadangan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Thailand akan dibincangkan lebih lanjut dalam lawatan kerja rasmi Perdana Menteri ke negara itu hujung bulan ini.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Malaysia berharap akan ada kemajuan mengenai perkara itu di sebalik kebimbangan berhubung penularan varian Omicron ketika ini.
"Kita ada cadangan perbincangan untuk VTL dengan beberapa negara lain, selain Singapura, (iaitu) Thailand dengan Indonesia dan beberapa negara lain.
"Dengan Thailand kita harap akan ada sedikit kemajuan mengenai VTL Malaysia-Thailand sebab Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke Thailand pada 29 dan 30 Disember ini.
"Perbincangan ini diketuai Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin), sama seperti kita berbincang dengan Singapura ia diketuai Menteri Kesihatan kedua-dua negara," katanya dalam sidang media selepas pelancaran Kerangka Dasar Luar Negeri di ibu negara pada Selasa.
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu antara lain bagi membincangkan mengenai hala tuju kedua-dua negara termasuk mengenai VTL Malaysia-Thailand.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand sebelum ini dilaporkan akan mempertimbangkan pembukaan semula sempadan negara itu susulan wujud kes pertama varian Omicron di Malaysia.
Lima wilayah selatan Thailand dijangka terlibat dalam VTL Malaysia-Thailand iaitu Songkhla, Satun, Narathiwat, Yala dan Pattani.
Topic Berkaitan
#VTL Malaysia-Thailand
#Perdana Menteri
#varian omicron
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan