awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM dijadual lancarkan 'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' hari ini

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2021
00:05 MYT
PM dijadual lancarkan 'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' hari ini
'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' dijadual dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadual melancarkan ‘MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia’, hari ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, 'MyDigital' dirangka sebagai landasan jadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030.
Mustapa turut jelaskan kerajaan menubuhkan Majlis Ekonomi Digital bagi menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital Malaysia.
Majlis itu dipengerusikan Perdana Menteri dan menjadi entiti tunggal mengambil alih semua jawatankuasa berkaitan digital dan teknologi sedia.
Ia bagi memudahkan penyelarasan dan mengelakkan pertindihan tugas.
Menurut Mustapa, majlis itu diterajui enam kluster iaitu ekonomi, masyarakat, teknologi baru muncul, bakat digital, infrastruktur digital dan data serta kerajaan.
Tambahnya MyDigital adalah pendekatan baharu dan menyeluruh terhadap beberapa inisiatif teknologi maklumat dan digital sedia ada sebelum ini termasuk Koridor Raya Multimedia.
Topic Berkaitan
#MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Mustapa Mohamed
#MyDigital
#Majlis Ekonomi Digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan