Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Malaysia akan terus berusaha untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan keamanan negara.

Beliau berkata, perayaan seperti Tahun Baharu Cina yang disambut hari ini juga diharap dapat mengingatkan rakyat betapa beruntungnya mereka berada di negara yang aman dan damai.

Najib juga berharap Tahun Baharu Cina akan membuka lembaran baru bagi rakyat malaysia untuk terus melakukan transformasi kepada ekonomi negara.

Najib ditemui selepas menyertai lebih 10,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat pada Majlis Rumah Terbuka MCA di ibu negara.

Mengiringi perdana menteri ialah isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Ketibaan mereka disambut Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai dan timbalannya Datuk Dr Wee Ka siong serta barisan kepimpinan tertinggi parti itu.