Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan terhadap sokongan yang diberikan oleh PAS kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, Muhyiddin turut berterima kasih kepada pimpinan PAS yang menyambut baik penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional.

"Hari ini saya menghadiri sesi ramah mesra bersama Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Senator PAS di Parlimen.

"Saya amat menghargai sokongan dan dokongan yang diberikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli-Ahli Parlimen PAS kepada kerajaan Perikatan Nasional.

"Saya juga amat berterima kasih kepada pimpinan PAS yang menyambut baik penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional," kongsinya.

Sumber Facebook ts.muhyiddin

Terdahulu, Presiden Bersatu itu memaklumkan Majlis Tertinggi parti tersebut bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional.

BACA: Penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional dimuktamad dalam masa terdekat