WASHINGTON DC: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pemimpin ASEAN di White House pada Khamis (Jumaat di Malaysia).
Presiden Biden mengadakan pertemuan dengan para pemimpin ASEAN untuk Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS selama dua hari di sini bermula Khamis.
Ismail Sabri menyertai Biden dan pemimpin ASEAN untuk bergambar berkumpulan di pekarangan White House.
Mereka kemudiannya menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Presiden Biden di White House.
Sidang kemuncak khas dengan pemimpin negara Asia Tenggara itu kali kedua dianjurkan oleh Presiden AS di negara ini.
Pada Februari 2016, Presiden ketika itu, Barack Obama mengalu-alukan pemimpin ASEAN di Sunnylands, California.
Pemimpin ASEAN lain yang menghadiri pertemuan kali ini ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.
Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-Cha, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri Laos Dr Phankham Viphavanh juga menghadirinya.
Filipina yang kini mengadakan pilihan raya umum diwakili Setiausaha Luar Teodoro Locsin Jr.
Tiada wakil dari Myanmar, negara di bawah pemerintahan junta berikutan rampasan kuasa 1 Feb 2021.
Sebelum ini dilaporkan bahawa pentadbiran Biden menetapkan sebagai keutamaan untuk menjadi rakan yang kukuh dan boleh dipercayai di Asia Tenggara.
Pada Sidang Kemuncak ASEAN-AS secara maya pada Oktober tahun lepas, Biden mengumumkan AS$102 juta dalam inisiatif baharu untuk mengembangkan penglibatannya dengan ASEAN.
Ia meliputi pemulihan COVID-19, kesihatan, keselamatan, menangani krisis perubahan iklim, merangsang pertumbuhan ekonomi yang meluas dan meningkatkan hubungan rakyat dengan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

Ismail Sabri (dua, kanan) menyertai Biden (tengah) dan pemimpin ASEAN untuk bergambar berkumpulan di pekarangan White House. -AP

Politik | Zuraida masih menteri, selagi PM belum terima letak jawatan
Datuk Zuraida Kamaruddin masih belum dianggap sudah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, susulan penyertaannya ke dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM).

WEF 2022 | Menguruskan risiko di era ketidaktentuan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika menjadi panel dalam sesi menguruskan risiko di era ketidaktentuan di Forum Ekonomi Dunia WEF 2022.
![AWANI Bornero [26/05/2022] - Tangani kenaikan harga makanan | Merugikan penternak | Pendapatan negeri AWANI Bornero [26/05/2022] - Tangani kenaikan harga makanan | Merugikan penternak | Pendapatan negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968779/34508655211653566026153_640x360.jpg)
AWANI Bornero [26/05/2022] - Tangani kenaikan harga makanan | Merugikan penternak | Pendapatan negeri
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Syaff Shukri #AWANIBorneo 26 Mei 2022 : - Tarif elektrik di kedai makan di Sarawak diberikan diskaun - Penternak di Sarawak kata jangan teruskan Skim Harga Maksimum Keluarga Malysia - Hajiji mahu GLC Sabah bayar dividen RM1 juta mulai tahun ini #AWANInews #MalaysiaBangkit
![[INFOGRAFIK] Kronologi Peter Anthony [INFOGRAFIK] Kronologi Peter Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968778/8967789641653565727750_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Peter Anthony
Peter Anthony dihukum penjara tiga tahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah memalsukan dokumen daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem.

Jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Perak pada petang ini berkurangan kepada 113 orang daripada 39 keluarga berbanding 202 mangsa daripada 60 keluarga pada pagi tadi.

Kemudahan Rakyat | Perbanyakkan rumah kos rendah di Sabah
Kerajaan negeri diseru memberi fokus kepada keperluan membina rumah kos rendah kepada rakyat Sabah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar Sabah (LPPB), Datuk Masiung Banah berkata, ini kerana lebih 30,000 rakyat negeri itu yang berpendapatan rendah memohon untuk mendapatkan rumah kos rendah daripada pihaknya.

DUN Sarawak | Nilai eksport kayu Sarawak meningkat 26 peratus
Nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan peningkatan 26 peratus kepada RM1.04 bilion bagi tempoh suku pertama tahun 2022. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia berbeza dari jumlah dicatatkan pada tempoh sama tahun 2021 iaitu RM826 juta.

DUN Sarawak | 6,000 km laluan baharu dibina
Kementerian Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak mengenal pasti 6,000 kilometer laluan baharu yang akan dibina bagi mencapai 100 peratus akses ke seluruh kawasan di negeri itu. Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, data dan strategi yang diformulasikan akan mengukuhkan lagi Projek Pan Borneo, jalan pesisir dan jalan utama kedua di negeri itu.

DUN Sarawak | Peningkatan ekonomi 8 peratus mampu dicapai
Sasaran Sarawak untuk mencapai peningkatan ekonomi sekitar lapan peratus di bawah Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 adalah wawasan yang realiti. Ini kerana model ekonomi kerajaan negeri adalah terbukti dan selari dengan tumpuan pasaran global terkini.

DUN Sarawak | Pembangunan tenaga hidrogen diperluas
Strategi dan pembangunan tenaga hidrogen di Sarawak akan diperluas serta menyentuh pelbagai sudut jana kuasa termasuk sebagai salah satu bahan api penerbangan mapan (SAF). Abang Johari berkata, kerajaan negeri mempunyai sumber dan fasiliti yang mampu berdaya saing sebagai pembekal tenaga alternatif di peringkat global.

Asia di landasan terbaik kemudi perubahan dunia - Ismail Sabri
Asia perlu juga berhati-hati dalam tindak balas terhadap isu-isu sedia ada dan juga yang baru muncul.

Asia boleh main peranan terajui dunia yang berbelah pendirian - Ismail Sabri
Tumpu usaha mengukuhkan kemampuan rantau Asia dalam menangani perubahan dalam globalisasi selepas pasca pandemik COVID-19.

Bukan masa untuk dunia terus berbelah pendirian - PM Ismail Sabri
Dunia sedang berdepan dengan pelbagai ancaman termasuklah perubahan iklim yang memerlukan komitmen dan kerjasama serantau dan antarabangsa.

PM Ismail Sabri raikan Aidilfitri bersama Keluarga Malaysia di Tokyo
Pada majlis itu, Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyantuni para tetamu serta bergambar dengan mereka.

Malaysia tubuhkan C4IR, bakal dilancar separuh kedua 2022
Ia adalah untuk menyokong pencapaian wawasan menyeluruh Malaysia di bawah Dasar 4IR yang dilancarkan pada 2021 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

PM Malaysia, Singapura bertemu di Tokyo bincang pemukiman
Malaysia, kata Ismail Sabri, akan menjadi tuan rumah bagi pemukiman dengan negara jiran itu pada tahun ini.

PM Ismail Sabri terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon
Anugerah itu adalah sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan Ismail Sabri dalam memerangi pandemik COVID-19.

Singapura cuba minimumkan impak bekalan ayam dari Malaysia
Singapura memantau rapat situasi import ayam dari Malaysia selain bekerjasama dengan pihak yang berkepentingan untuk meminimumkan kesan bekalan.

Ismail Sabri tiba di Tokyo untuk lawatan sulung ke Jepun
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu negara Jepun di sini malam ini bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun.

Krisis makanan: Perlu pendekatan lebih konkrit jangka pertengahan dan panjang - Pakar
Kelonggaran peraturan import bahan makanan daripada negara luar seperti diumumkan kerajaan dilihat strategi jangka pendek dalam menurunkan harga barangan di pasaran.