WASHINGTON D.C: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu (Khamis di Malaysia) mempelawa pelabur dan ahli perniagaan Amerika untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.
Beliau mengalu-alukan mereka, terutamanya syarikat Fortune 500 untuk melabur atau meningkatkan pelaburan mereka iaitu dalam sektor digital ekonomi, teknologi hijau dan kereta elektrik.
"Saya cadang Tesla membuat pelaburan di Malaysia dalam menghasilkan kereta elektrik," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menemui Duta Ted Osius, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (AS-ABC) di sebuah hotel di sini.
Penubuhan AS-ABC pada 1984 mewakili 170 perniagaan utama Amerika di Asia Tenggara.
Perdana Menteri yang tiba di sini semalam dalam rangka lawatan kerja selama empat hari ke AS termasuk bertemu dengan Presiden Joe Biden dan pemimpin ASEAN.
Ismail Sabri berkata beliau telah meminta AS-ABC untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam menarik pelaburan ke ASEAN, terutamanya Malaysia.
Malaysia dilihat sebagai rakan dagang penting, WCIT di Pulau Pinang
"Mereka menganggap Malaysia sebagai rakan perdagangan Amerika Syarikat yang penting," kata Perdana Menteri mengenai reaksi AS-ABC.
Kemudian, Ismail Sabri mempunyai sesi berasingan dengan Setiausaha Agung World Information Technology and Services Alliance (WITSA) Dr James H. Poisant di tempat yang sama.
WITSA, katanya akan mengadakan Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT), persidangan IT terbesar di dunia, di Pulau Pinang pada September.
"Saya berharap kongres ini akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dari segi teknologi," katanya.
Ismail Sabri berkata peserta dari seluruh dunia akan berhimpun di kongres itu termasuk penceramah dari agensi angkasa Amerika.
Dalam pertemuan lain di tempat yang sama, Perdana Menteri Malaysia bertemu Presiden Peterson Institute for International Economics Dr Adam S. Posen dan Naib Presiden East-West Center Dr P. Limaye.
Perdana Menteri turut mengadakan perbincangan berasingan dengan Timbalan Penolong kepada Presiden AS dan Penyelaras Hal Ehwal Indo-Pasifik di Majlis Keselamatan Negara Dr Kurt M. Campbell.
Ismail Sabri memberitahu Dr Campbell bahawa semua negara anggota ASEAN perlu terlibat dengan cadangan inisiatif Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang diterajui AS.
Pada masa ini, beberapa negara daripada kumpulan itu tidak terlibat dalam inisiatif perdagangan dan ekonomi utama untuk rantau Indo-Pasifik.
"Malaysia berpandangan semua negara ASEAN perlu dilibatkan," katanya sambil menambah Kuala Lumpur pada dasarnya bersetuju menyertai IPEF.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022
Ismail Sabri mengadakan perbincangan dengan Duta Ted Osius (dua kanan). Turut hadir, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan. --fotoBERNAMA
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.