KUALA LUMPUR: Selepas menerima ucapan tahniah daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima ucapan sama daripada Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan Perdana Menteri China, Li Keqiang.
Morrison menghubungi Ismail Sabri pada Selasa dan merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.
Dalam perbualan tersebut, Perdana Menteri menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk mengukuhkan hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia-Australia.
“Sementara itu, saya juga ingin menzahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri Republik Rakyat China, Li Keqiang yang telah menyampaikan perutusan tahniah kepada saya atas pelantikan ini melalui sepucuk surat bertarikh 23 Ogos 2021.
“Li Keqiang turut menyatakan komitmen beliau untuk terus mengukuhkan hubungan diplomatik yang terjalin sejak sekian lama, mengekalkan hubungan dagang serta berkongsi strategi melawan wabak COVID-19 dengan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Presiden Indonesia Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia.
Ucapan tahniah itu dizahirkan menerusi akaun Twitter Jokowi @jokowi.
"Warmest congratulations Your Excellency Ismail Sabri Yaakob@IsmailSabri60 on your appointment as the 9th Prime Minister of Malaysia. (Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Ismail Sabri Yaakob@IsmailSabri60 atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Kesembilan Malaysia).
Hsien Loong juga merakamkan ucapan tahniah terhadap pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi panggilan telefon pada pagi Ahad lepas, Hsien Loong berkata pimpinan Ismail Sabri bakal mengukuhkan lagi kerjasama antara dua negara itu termasuk usaha memerangi wabak COVID-19.
Astro Awani
Tue Aug 24 2021
Dalam perbualan tersebut, Perdana Menteri menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk mengukuhkan hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia-Australia. - Gambar PMO
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.