awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Itali Mario Draghi menang undi percaya di Senat

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2022
01:30 MYT
PM Itali Mario Draghi menang undi percaya di Senat
Mario Draghi ketika menghadiri debat di Senat pada 20 Julai 2022. -AP
ROM: Perdana Menteri Itali Mario Draghi menang undi percaya di Senat.
Dalam undian itu, sejumlah 95 memihak kepada Draghi manakala 38 sebaliknya.
Bagaimanapun ia dilihat sebagai kemenangan tidak bermakna gara-gara tindakan tiga parti dalam kerajaan perpaduan yang memboikot pengundian.
Sebelum pengundian, wakil Pergerakan Five Star, pasukan konservatif Forza Italia dan Parti Liga Matteo Salvini mengumumkan mereka tidak akan melakukan undian.
Draghi menawarkan peletakan jawatannya minggu lalu selepas perpecahan dalam kerajaan gabungannya.
Namun Presiden Itali menolak tawaran itu dan meminta Perdana Menteri menguji sokongan kerajaannya di Parlimen.
Rakyat juga merayu agar Draghi terus memerintah di kala inflasi melambung tinggi selain kos tenaga yang tinggi dan lonjakan jangkitan pandemik.
Sebelum pengundian di dewan atasan Parlimen, Draghi memetik permintaan awam sebagai sesuatu yang "belum pernah berlaku sebelum ini" supaya beliau terus memerintah.
Pada minggu lalu, 14,000 Datuk Bandar, persatuan doktor, kumpulan pelobi lain, dan puluhan ribu rakyat biasa yang menandatangani petisyen "Draghi Stay" telah menggesa beliau supaya tidak berundur.
Pasaran kewangan menganggap Draghi yang dahulunya bekas ketua bank pusat Eropah sebagai penjamin kestabilan fiskal di Itali.
Topic Berkaitan
#Mario Draghi
#Pergerakan Five Star
#Forza Italia
#Parti Liga Matteo Salvini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan