KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah kepadanya, beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.
Panggilan itu diterima sejurus sebelum Anwar memulakan sidang media pertamanya sebagai perdana menteri.
Dalam perbualan telefon yang berlangsung selama kira-kira 10 minit, Anwar menyuarakan harapan agar Malaysia dan Turkiye dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam banyak bidang termasuk perdagangan, perniagaan, budaya, pendidikan dan ketenteraan.
"Saya tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan anda," katanya kepada Erdogan.
[LAPOR LANGSUNG] Pasca PRU15: Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 - Istana Negara
Anwar memberitahu sidang media bahawa terdahulu beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Indonesia Joko Widodo yang menyampaikan ucapan tahniah, dan ucapan sama turut diterima daripada rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong serta Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Anwar, 75, hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022

Panggilan daripada Erdogan itu diterima sejurus sebelum Anwar memulakan sidang media pertamanya sebagai perdana menteri. - Gambar fail/ AP
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Terima kasih dan penghargaan atas sokongan yang jelas, tegas' - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas kepercayaan dan sokongan yang jelas kepadanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Barisan Kabinet hampir dimuktamadkan, PM menghadap Agong pagi esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet kini hampir selesai dan berharap ia dapat diumumkan dalam masa terdekat.

Anwar pulang ke Tambun selepas dilantik PM ke-10
Selepas lapan hari dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang ke Tambun esok, di kerusi Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Maklumat tular kenaikan gaji PDRM adalah palsu - JPM
Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan kenyataan satu poster yang tular di media sosial bertajuk 'PM-Kenaikan Tangga Gaji PDRM Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat'.

Malaysia akan terus perjuang kesejahteraan rakyat Palestin - Anwar
Malaysia komited untuk memperjuangkan isu kesejahteraan rakyat Palestin di persada antarabangsa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Poster pemberian bantuan kepada rakyat palsu - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, poster yang tular menerusi aplikasi WhatsApp berkaitan pemberian bantuan kepada rakyat adalah berita palsu.

Esok PM bermesyuarat dengan jabatan, agensi kerajaan fokus isu kos sara hidup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya esok dengan memfokus kepada isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

TMJ berkenan terima menghadap PM Anwar Ibrahim
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.

Cuepacs minta kerajaan perpaduan kekalkan semua inisiatif diumum sebelum ini
Cuepacs menyeru agar kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengekalkan semua inisiatif untuk penjawat awam yang telah diumumkan kerajaan terdahulu.

PM ke-10: Sabah sokong kerajaan perpaduan demi kebaikan, kestabilan - Hajiji
Sokongan dan penyertaan parti-parti politik di Sabah dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini dapat memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat negeri.