KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.

Menerusi ciapan di Twitter HRH Crown Prince of Johor, baginda turut berkongsi beberapa keping gambar pertemuan tersebut, namun lokasinya tidak dimaklumkan.

Pertemuan itu turut disertai Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

"DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim terima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, hari ini. Allah Peliharakan Sultan," titah baginda.

Pada Khamis, Tunku Ismail menerusi hantaran di Twitter, turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri. - Sinar Harian