Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek rel bandar di koridor barat Lembah Klang, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).
Projek melibatkan jajaran sepanjang 37 kilometer dan menyediakan kemudahan penumpang di Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya.
Ia juga akan mengintegrasikan lima stesen LRT3 dengan menghubungkan pengangkutan baru dan sedia ada dan akan memanfaatkan kira-kira dua juta pengguna.
Kerja-kerja pembinaan LRT3 dijadualkan bermula awal tahun 2017 dan dijangka siap pada 31 Ogos 2020 dengan kos kira-kira RM9 bilion.
Perdana Menteri dalam pada itu berharap projek LRT3 akan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.
"Saya harap ia akan siap ikut jadual dan mengikut bajet ditetapkan. Saya diberitahu LRT3 ini akan siap pada 31 Ogos 2020.
"Ia very tight timeline but I believe dia akan siap ikut timeline," katanya semasa berucap melancarkan projek LRT 3 di Stadium Malawati di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
Najib berharap LRT3 akan mencapai standard pembinaan dan keselamatan bertaraf dunia.
Beliau juga melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor atas kerjasama diberikan bagi membolehkan projek LRT3 dilaksanakan.
"Terima kasih pada Kerajaan Negeri Selangor atas kerjasama, walaupun berbeza hal lain tetapi untuk kepentingan rakyat for the sake of rakyat," katanya.
Projek LRT3 ini telah menerima lebih 90 peratus sokongan dari hampir 7,300 orang yang memberi maklum balas semasa pameran orang awam mengenai cadangan jajaran LRT3 antara bulan Mei hingga Ogos 2015.
Peringkat pra-kelayakan kompetitif telah selesai pada Mei lalu , dimana 96 daripada 124 peserta telah disenaraipendekkan.
Apabila siap, projek LRT3 akan mempunyai 26 buah stesen termasuk sebuah stesen bawah tanah.
LRT3 boleh membawa lebih penumpang berbanding pengangkutan awam lain di kawasan barat Lembah Klang dengan kadar 36,720 orang penumpang setiap arah dan setiap jam.
Perdana Menteri dalam pada itu turut mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus kepada pengguna LRT dan monorel yang menggunakan perkhidmatan itu bermula pukul 6 pagi hingga 7 pagi.
Pengguna akan menikmati potongan harga tiket itu bermula 16 September depan.
Langkah itu dibuat bagi mengurangkan kesesakan di stesen LRT dan monorel semasa waktu puncak.
Rahimah Abdullah
Wed Aug 24 2016
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek rel bandar di koridor barat Lembah Klang, Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3). - Foto Astro AWANI
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Polis tahan lima pekerja kontraktor disyaki curi kabel projek LRT 3
Polis berjaya menumpaskan kumpulan pencuri kabel di tapak pembinaan LRT 3 dengan penahanan lima lelaki di tiga tapak projek berkenaan, semalam.
Belanjawan 2024: Pembinaan 5 stesen LRT 3 diteruskan dengan kos RM4.7 bilion
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) yang dibatalkan sebelum ini dengan kos sebanyak RM4.7 bilion.
Laluan Subang-Glenmarie ditutup ekoran kebocoran gas di lokasi projek pembinaan LRT 3
Susulan kebocoran gas di lokasi projek pembinaan LRT 3 di Jalan Persiaran Kerjaya, Seksyen 1 di sini, laluan dari Subang menghala ke Glenmerie ditutup sepenuhnya selama 25 hari.
Pengurangan 47% kos asal LRT3, ini impaknya - Kementerian Kewangan
Pengurangan kos mendadak itu akan menyumbang kepada operasi yang lebih berdaya maju, di samping memastikan harga tiket yang lebih rendah untuk pengguna.
PM lancar projek LRT3
Kerja-kerja pembinaan LRT3 bermula awal 2017 dan dijangka siap 31 Ogos 2020.