MALAYSIA
PM lawat tiga pusat ekonomi utama bermula 1 Julai, buka potensi ekonomi dua hala

Tunku Nashrul berkata ketiga-tiga pasaran ekonomi ini secara kolektif merekodkan nilai dagangan dua hala berjumlah RM50.91 bilion pada 2024. - Foto JPM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan tiga pusat ekonomi utama iaitu kota Rom, Paris dan Rio de Janeiro pada 1 hingga 7 Julai dengan menggunakan penerbangan sewaan khas daripada Malaysia Airlines.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan melawat Rom, Paris dan Rio de Janeiro dari 1 hingga 7 Julai 2025, menggunakan penerbangan sewaan khas Malaysia Airlines bagi menjimatkan masa dan menyelaras delegasi kerajaan serta perniagaan.
- Lawatan ini melibatkan 17 delegasi perniagaan utama Malaysia, termasuk Petronas dan Khazanah, dengan kos ditanggung sendiri oleh syarikat; ia bertujuan memperkukuh hubungan dagangan, pelaburan, pendidikan dan kebudayaan dengan tiga negara yang mencatat nilai dagangan dua hala RM50.91 bilion pada 2024.
- Anwar dijadual bertemu pemimpin Itali, Perancis dan Brazil, menyampaikan syarahan di Universiti Sorbonne, serta menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17 sebagai Pengerusi ASEAN 2025, menekankan isu tadbir urus AI, tindakan iklim dan kesihatan global.
“Ia menjamin kehadiran tepat waktu untuk semua mesyuarat dan libat urus,” katanya.
Tunku Nashrul turut mengesahkan terdapat 17 delegasi perniagaan merangkumi gergasi korporat serta perusahaan inovatif Malaysia yang akan menyertai lawatan Perdana Menteri di tiga kota ini seperti Petronas, Khazanah, Tenaga Nasional Berhad dan lain-lain.
Menurutnya lagi kesemua kos melibatkan delegasi perniagaan ditanggung oleh pihak syarikat sendiri.
“Delegasi perniagaan juga akan menanggung sendiri kos mereka…tidak berlaku sebarang konflik kepentingan melibatkan kerajaan dan delegasi perniagaan,” demikian katanya semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, di sini, hari ini.
Menurut beliau lagi, ketiga-tiga pasaran ini secara kolektif merekodkan nilai dagangan dua hala berjumlah RM50.91 bilion (AS$11.14 bilion) pada 2024.
Ia turut menawarkan peluang pertumbuhan pesat dalam sektor ekonomi, kebudayaan, teknologi serta pendidikan.
Perdana Menteri turut dijadual bertemu Perdana Menteri Itali ,Giorgia Meloni, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.
Malah Sesi Meja Bulat Perniagaan juga akan diadakan untuk menghimpunkan peneraju industri kedua-dua negara.
Tunku Nashrul turut mengesahkan bahawa Perdana Menteri turut mengambil peluang bertemu dengan komuniti Islam selain menyampaikan syarahan di Universiti Sorbonne.
Tambah beliau, lawatan ke Brazil pula adalah bertujuan menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 selaku Pengerusi ASEAN 2025 yang mewakili aspirasi lebih 650 juta rakyatnya.
“Kehadiran Malaysia sebagai Rakan Negara BRICS dan Pengerusi ASEAN 2025 akan menekankan kepentingan multi-lateralisme berasaskan undang-undang, tadbir urus kecerdasan buatan, tindakan iklim dan kesihatan gobal,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami