awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan PETRONAS rujuk persoalan kawal selia operasi petroleum di Sarawak ditetapkan 16 Mac ini
Rangkaian pusat urut terkemuka disyaki rasuah RM2.7 juta setahun kepada penguat kuasa
KPM jumpa wakil sekolah antarabangsa, Dong Zong bincang subjek BM, Sejarah

PM Anwar luang satu jam tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves

Bernama
Bernama
30/01/2026
09:30 MYT
PM Anwar luang satu jam tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves
Anwar mengadakan lawatan kira-kira satu jam ke Batu Caves, pada Jumaat bagi meninjau persiapan sambutan Hari Thaipusam. -Foto Mohammad Luqman Abdul Aziz
GOMBAK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kira-kira satu jam ke Batu Caves, di sini bagi meninjau persiapan sambutan Hari Thaipusam yang akan diraikan penganut Hindu, Ahad ini.
Lawatan itu tertumpu di kawasan Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves, lokasi utama yang menjadi tumpuan penganut Hindu dari dalam dan luar negara setiap tahun bagi melaksanakan upacara keagamaan itu.
Ketibaan beliau kira-kira 2.30 petang disambut Menteri Digital Gobind Singh Deo, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta pengurusan kuil sebelum dibawa meninjau beberapa lokasi utama.
Antara lokasi dilawati ialah laluan perarakan dan reruai kementerian serta agensi di tapak MADANI Thaipusam yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung, termasuk pemeriksaan kesihatan.
Dalam lawatan kira-kira sejam itu, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan penganut dan sukarelawan yang terlibat dalam persiapan sambutan, selain menghadiri taklimat bersama pihak pengurusan bagi memastikan perayaan berlangsung lancar dan selamat.
Perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam di Jalan Tun H.S. Lee ibu negara menuju ke Batu Caves pada jam 9 malam ini menandakan bermulanya sambutan Thaipusam.
Bagi melancarkan perarakan, sebanyak 12 persimpangan jalan di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat, termasuk persimpangan Jalan Leboh Ampang/Jalan Perak, Jalan Tun Perak/Jalan Pudu, Jalan Tun Tan Cheng Lock/Jalan Sultan, Jalan Sultan/Jalan Hang Jebat serta Jalan Sultan/Jalan Petaling.



Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Thaipusam
#Anwar Ibrahim
#lawatan
#Batu Caves
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.