awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan minat belian baharu
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangkaian pusat urut terkemuka disyaki rasuah RM2.7 juta setahun kepada penguat kuasa

Khalis Khadir
Khalis Khadir
30/01/2026
10:40 MYT
Rangkaian pusat urut terkemuka disyaki rasuah RM2.7 juta setahun kepada penguat kuasa
Menurut sumber, kelima-lima suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 60 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan pada petang Khamis. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Empat penguat kuasa dan seorang pesara agensi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat bayaran rasuah RM2.7 juta setahun membabitkan rangkaian pusat urut terkemuka di negara ini.
Rangkaian pusat urut ini dipercayai menggunakan sistem perakaunan dua lapis, dengan 80 peratus jualan tunai tidak dilaporkan, menyebabkan anggaran kebocoran cukai RM7.56 juta setahun.
Sumber memaklumkan, kesemua suspek disyaki menerima suapan daripada syarikat perniagaan pusat urut untuk melancarkan operasi serta memudah cara proses pengeluaran permit pekerja asing syarikat berkenaan.
“Setakat ini, SPRM telah mengambil keterangan daripada 16 saksi bagi membantu siasatan.
“Empat daripada tiga penguat kuasa dan pesara berkenaan direman empat hari hingga 2 Februari, manakala seorang lagi suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM,” kata sumber.
Menurut sumber, kelima-lima suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 60 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan petang Khamis.
SPRM dikatakan menggeledah pejabat serta kediaman suspek di enam lokasi sekitar Lembah Klang selain membekukan 124 akaun perbankan milik individu dan syarikat disyaki terkait kes berkenaan melibatkan nilai kira-kira RM13.3 juta.
“Disyaki terdapat bayaran rasuah RM2.7 juta setahun kepada beberapa pegawai daripada beberapa agensi penguat kuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai wang perlindungan,” menurut sumber itu.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan penahanan berkenaan dengan siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009 selain sedang mengenal pasti elemen aktiviti pengubahan wang haram.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rangkaian pusat urut
#wang perlindungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan